Oleh: Azli Sidek
Syed Hussein Alatas. Mitos Pribumi Malas: kajian
imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah, penterjemah
Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.
. Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku
di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed
Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian
tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat
pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan
begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa
walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap
perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi
tersebut.
Buku ini
juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula
daripada abad ke 16 hingga abad ke 20 yang mana sepanjang masa tersebut berlaku
zaman industri (revolusi perindustrian) di barat yang menyebabkan barat
melaksanakan dasar imperialismenya di seluruh dunia untuk mendapatkan bahan
mentah bagi memenuhi kehendak industri yang pesat. Implikasi daripadanya negara
yang lemah telah ditindas dengan diambil semua sumber galian mereka dengan
tujuan menampung sumber ekonomi yang semakin berkurangan di barat dan
menggunakan helah tertentu untuk membenarkan semua kegiatan pemerasan yang
dilaksanakan terutama di kalangan rantau Asia Tenggara ini.
Idea utamanya adalah berdasarkan kepada ideologi
kolonialisme yang menginterpretasi kemalasan pribumi seperti orang Jawa, Melayu
dan Filipina sebagai keengganan masyarakat pribumi dalam kegiatan ekonomi
mereka semasa penjajahan berlaku. Perkara ini dianggap sebagai satu
andaian yang salah mengenai keperibadian pribumi yang enggan bersama dalam arus
kapitalisme kolonialisme tetapi keserakahan dan
sifat menghisap kolonial tanpa memikirkan faktor kemanusiaan telah dijadikan
sebagai dinding pemisah untuk masyarakat pribumi turut bersama dalam ekonomi
kapitalisme. Sebagai contoh kerja paksa dikalangan orang Jawa yang dilaksanakan
oleh Belanda, kengganan orang Melayu dalam perladangan dan perkebunan British,
dan kemorosatan masyarakat Filipina adalah permasalahan candu yang melanda
orang Filipina ketika itu yang digunakan oleh kolonialisme sebagai senjata
melemahkan masyarakat pribumi.
Sebagaimana yang dihuraikan oleh Syed Hussein mengenai
pelbagai pandangan dan tulisan sarjana mengenai kemalasan pribumi ini, terdapat
beberapa keadaan yang menyebabkan masyarakat pribumi dipandang dengan
watak-watak negatif oleh kolonial iaitu penggunaan kuasa pekerja yang memaksa
kaum peribumi lari daripada kegiatan ekonomi kapitalismenya, wabak penyakit,
dan penonjolan sikap kolonial terhadap pribumi. Umpamanya Belanda telah memaksa
mereka kerja paksa untuk mendapatkan keuntungan daripadanya, orang Filipina
dituduh sebagai penyebab kepada kemalasan orang Sepanyol dan mempunyai watak
tidak beradab kepada orang Sepanyol, dan orang Melayu dikategorikan malas
kerana mengelak daripada terlibat dengan kegiatan perlombongan dan perladangan
British. Layanan kolonial terhadap pekerja – pekerja mereka sangat teruk dan
menyebabkan mereka menghidapi penyakit seperti malaria, tibi, taun dan
sebagainya yang berlaku di tanah melayu ketika British membawa imigran Cina dan
India untuk bekerja di ladang dan tempat perlombongan mereka. Selain itu Syed
Hussein juga memberikan penerangan kepada ketidaksertaan golongan kolonial
dalam kegiatan ekonomi mereka sendiri dan bertindak kejam kepada
masyarakat peribumi tersebut seperti Tuan Bean yang menculik anak-anak
peribumi untuk keseronokannya sahaja.
Syed Hussein juga menceritakan tentang kegemilangan orang
pribumi yang sangat terkenal dengan sifat dagang yang juga menunjukkan sifat
kerajinan mereka. Abad ke 16 adalah zaman kegemilangan para masyarakat peribumi
dengan kegiatan perdagangannya yang menggunakan perdagangan terbuka dikalangan
pedagang. Kegemilangan ini telah terbukti dengan kemunculan pelabuhan interport
yang selamat, murah cukainya, dan sebagainya dan disitu terletaknya
keunggulan bahasa melayu sebagai lingua franca yang diterima umum dalam
kegiatan perdagangan.
Namun kegemilangan tidak selalunya cerah dengan
kedatangan kolonial yang telah menindas dan memporakporandakan kegemilangan
yang dicipta. Di sini Syed Hussein menyatakan dengan tegas tentang kekejaman
Belanda sebagai koordinator hilangnya pedagang peribumi sejak abad ke 16
hingga abad ke 19. Belanda mula mengambil langkahnya untuk memonopoli perdagangan
di rantau ini dengan pertolongannya kepada kerajaan Acheh dan sehingga dia
melebarkan sayapnya di Johor dan Selat Melaka. Di sini faktor penentu kepada
kekuasaan Belanda dalam melenyapkan pedagang peribumi adalah faktor
kepimpinan pribumi yang tidak berwibawa, kekecohan etnik, dan peletakan
syarat-syarat yang ketat di pelabuhan utama dan kesannya kebanyakan pedagang
melayu berada di Makasar dan Tanjung Harapan. Walaupun begitu ideologi kolonial
tentang masyarkat peribumi terhadap kurangnya menjalankan perdagangan adalah
menjengkelkan kerana mereka yang menyebabkan pedagang itu hilang malahan
menuduh orang melayu, Filipina dan Jawa itu sebagai malas dan tidak ada usaha
dalam kehidupan. Inilah yang cuba ditonjolkan oleh Syed Hussein mengenai satu
ideologi kolonial terhadap masyarakat peribumi.
Analisisnya juga tidak tertumpu kepada masyarakat sahaja
yang banyak direkodkan oleh residen, pelancong, dan pemerintah kolonial tetapi
melihat kepada penguasa peribumi yang dibicarakan di atas bahawa kelemahan
penguasa penyebab kepada kehilangan pedagang pribumi dan juga menyebabkan
rakyat berasa malas untuk bekerja. Penguasa peribumi adalah sebagai satu punca
utama yang menunjukkan kemalasan orang peribumi yang mana watak mereka yang
suka bersabung ayam, kejam dan menindas telah memberi kesan kepada rakyatnya.
Rakyat banyak menerima kesan di antaranya mencontohi tabiat sabung ayam,
rakyat berasa takut untuk keluar dan kekejaman penguasa sehingga sanggup
membunuh rakyat bagi memenuhi impiannya. Akibatnya rakyat terpaksa berusaha
untuk sara dirinya sahaja dan tidak ada usaha untuk lebih daripada itu kerana
kerakusan pemerintah dalam mengaut keuntungan sendiri dengan merampas harta
rakyatnya.
Selain
itu beliau juga mengambil pandangan sarjana seperti Karl Marx dan Engels yang
memandang enteng masyarakat timur padahal penafsiran mereka yang berat sebelah
dan hanya mendapat maklumat tersebut daripada catatan penjajah, pelancong dan
sebagainya yang menggambarkan kehidupan dan perwatakan orang timur tanpa
melihat scara realiti kehidupan masyarakat timur. Malahan juga beliau
melihat dan menganalisis pemikiran atau pengetahuan peribumi dalam lingkungan
Malaysia iaitu melalui buku dilema melayu oleh Mahathir dan buku revolusi
mental. Perkara yang dibangkitkan di dalam buku tersebut adalah berdasarkan
kepada kemalasan orang melayu ketika abad ke- 20. Oleh yang demikian analisis
Syed Hussein mengenainya adalah sokongan pihak UMNO terhadap pemerintahan
kolonial yang menyebabkan kedua-dua karya tersebut dipengaruhi oleh kolonialisme.
Ungkapan kemalasan yang diterima adalah menerusi kaca mata kolonial oleh buku
tersebut yang dianggap mencuit hati oleh Syed Hussein dan tidak ada analisis
terperinci mengenai kemalasan orang melayu dan sepatutnya tidak boleh dijadikan
hujah.
Akhirnya dapatlah kita simpulkan di sini mengenai satu
pengiktirafan yang terbaik kepada Syed Hussein kerana sumbangannya kepada dunia
melayu untuk membela segala cemuhan dan kutukan daripada pelbagai pendapat
terutama kolonial dan anak angkatnya. Namun terdapat beberapa pandangan yang
mungkin dapat ditambah untuk menguatkan hujah mengenai kemalasan pribumi.
Antara hujah tersebut adalah mengenai masyarakat pribumi
yang dianggap malas kerana mereka sangat suka berehat dan tidak menggunakan
masa dengan baik. Baik dilihat sebagai duduk dan bermain permainan dan
bertiduran. Tetapi di sini kita menghadapi keadaan yang sama sebagaimana
ketepatan masa dikalangan orang melayu terutamanya yang pada akhir-akhir ini
sebagai satu fenomena yang sangat menular dalam budaya masyarakat. Mungkin
ketepatan masa yang diungkapkan oleh Syed Hussein mengenai masuknya waktu solat
adalah tepat tetapi terdapat permasalahan yang berlaku selain waktu solat
yang menyebabkan orang melayu tidak dapat melaksanakan tuntutan ketetapan masa.
Kata “janji melayu seperti dijadikan budaya dalam masyarakat melayu hari ini.
Kajian tentang ketetapan masa ini telah dilakukan yang mengengahkan kata – kata
atau perbualan orang melayu mengenai masa yang menyimpulkan bahawa konsep masa
orang melayu adalah abstrak dan bergantung kepada seseorang untuk menepati
janji yang dibuat, jika dia menepati janji untuk pergi sebelum maghrib maka
sebelum maghrib dia akan sampai dan begitulah sebaliknya.
Secara keseluruhannya karya ini sangat berguna untuk
membentuk semula pandangan negatif masyarakat barat terhadap masyarakat timur
terutama asia tenggara yang dianggap sebagai malas dan tidak ada usaha dan
komitmen dalam diri mereka. Tetapi kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia telah
menunjukkan kemalasan masyarakat melayu bukanlah di sebabkan budayanya yang
dicipta tetapi kerana pengaruh kolonialisme yang disebarkan untuk mempengaruhi
masyarakat melayu. Sehubungan dengan itu konstruksi sosial yang dibina oleh pelbagai
ahli intelektual seperti Zaaba, Syed Hussein, dan Haji Wan Mohammed Haji Wan
Daud Patani, dan sebagainya adalah suatu usaha yang murni untuk membina
peradaban Melayu di mata dunia.
Kota saat ini: Balikpapan
BalasPadamWhatsApp: +6281617538564
Pesan teks: +6281617538564
baris: +6281617538564
E- info: zalinadiato@gmail.com
Assalamualaikum,nama saya Zalina Dianto, saya telah mengirim pesan di blog ini 3 tahun yang lalu. Saya ingin memberi tahu semua orang bahwa semua kesaksian pinjaman dan saran pinjaman semuanya palsu dan semua pembohong. Saya ditipu oleh banyak orang di blog ini, Sebelumnya , saya diperkenalkan ke perusahaan pinjaman terkemuka yang terdaftar dan memiliki situs web. Perusahaan pinjaman ibu muslim terkemuka memberi saya pinjaman sebesar RP 3,5 Triliun dengan tingkat bunga sangat rendah 1%. AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM PERUSAHAAN NYATA DAN 100% TERJAMIN. tolong, saya punya banyak expirience dengan pemberi pinjaman pinjaman palsu saya telah menunjukkan bagaimana mengetahui pemberi pinjaman palsu, harap baca ini akan membantu dan menyatukan Anda .insya allah
BAGAIMANA CARA MENGETAHUI KREDIT PINJAMAN YANG PALSU
Peminjam palsu tidak perlu meminta jaminan dan tidak ada situs web,Peminjam palsu tidak memiliki sertifikat bisnis,Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk pinjaman, Peminjam palsu tidak menggunakan gmail, tidak ada domine, Peminjam palsu tidak memiliki alamat kantor fisik, Pemberi pinjaman palsu meminta biaya pendaftaran
ajukan sekarang dan dapatkan pinjaman Anda
Daftar Sekarang : (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)