Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Revolusi Intelektual: Satu Kritikan Ringan

Oleh: Khairul Idzwan Penulisannya agak santai walaupun tajuknya kelihatan berat. Aku tertarik dengan isu-isu sosial, geopolitik, perundangan dan agama yang diketengahkan. Ia jelas kepakaran penulis dalam menganalisis isu-isu semasa. Walau bagaimanapun, aku agak sedikit kecewa dengan buku ini. Tajuk bukunya cukup bercita-cita tinggi kerana menggabungkan dua terma yang besar maksudnya. Namun, terma intelektual tidak dikupas definisi dan ciri-cirinya sebaliknya penulis hanya memberikan maksud daripada Kamus Dewan di beberapa muka surat terakhir. Bagi aku, analisis terhadap definisi intelektual itu cukup penting kerana daripada situ barulah kandungan buku dapat dikembangkan dengan lebih baik. Untuk terma revolusi pula, seingat aku penulis langsung tidak membuat sebarang definisi dan analisis. Selain itu, penulis juga tidak menyediakan senarai rujukan bibliografi untuk segala penulisan beliau yang memiliki fakta dan dakwaan tertentu. Pada aku, sebagai sebuah buku bukan fiksyen, ini amat-ama

Muat Turun Hubungan Agama dan Marxisme, karya John Molyneux dan Roland Boer

  Karya John Molyneux dan Roland Boer, Hubungan Agama dan Marxisme. Boleh muat turun di  sini.

Mahatma Gandhi - Semua Manusia Bersaudara

  Oleh: Amirrul Zaki All Men Are Brothers Pengetahuan ilahi tidak dipinjam dari buku-buku, melainkan direalisasi dalam diri kita. Buku memang merupakan suatu bantuan, tetapi seringkali merupakan hambatan    – Mahatma Gandhi Buku ini berkisahkan kehidupan Mahatma Gandhi serta pandangannya tentang kehidupan secara menyeluruh. Banyak hal yang diutarakan oleh Gandhi antara lain tentang Agama dan Kebenaran, cara dan tujuan, bagaimana mengendalikan diri, apa itu perdamaian dunia, beza manusia dengan mesin, bahawa kemiskinan ada di tengah-tengah kelimpahan, demokrasi dan rakyat, pendidikan, kaum wanita serta serba-serbi pandangan Mahatma Gandhi lainnya. Penekanan dan ajaran Mahatma Gandhi antaranya: 1) Satyagraha Satya bermaksud “Kebenaran”. Secara harfiyah Satyagraha bererti suatu pencarian kebenaran dengan tidak mengenal lelah. Berpegang teguh pada kebenaran, ertinya Satyagraha merupakan jalan hidup seorang yang berpegang teguh terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan mengabdikan seluruh hidupnya p