Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ir Ramadhan UIA

Animal Farm, Sebuah Ulasan!

Tajuk: Animal Farm, George Orwell (1945) Pengulas: IR Ramadhan Buku yang mahu aku ulas kali ini adalah novel Animal Farm(1945) karya George Orwell. Persepsi awal aku pada novel ini yang aku peroleh daripada rakan-rakan facebook adalah mengenai perangai manusia yang berpolitik seperti haiwan, cara pentadbiran mengikut undang-undang rimba, manusia yang diperintah oleh haiwan, namun setelah aku membacanya aku tak dapat dapatan seperti yang kawan-kawanku di facebook nyatakan. Jadi aku tertanya-tanya samada mereka itu benar mengulas usai membacanya atau membaca secara rawak atau membaca tajuk kulit kemudian mengulasnya? Usai membaca novel ini dari kulit ke kulit, aku ingin berkongsi pendapat ku mengenai isu-isu yang dibawa oleh penulis, yang bagiku persis dengan keadaan di Malaysia iaitu isu berkenaan kepimpinan, bagaimana pembodohan rakyat berlaku, bagaimana rakyat yang progressif itu dilayan, undang-undang yang dicabul oleh penguasa dan perwatakan ahli-ahli politik. semua i...

Islam Di Barat, Muslim di Timur.

(review oleh Ir Ramadhan UIA) Buku : Islam Di Barat, Muslim di Timur. Penulis: Dr Zulkifli Hassan Bismillahirahmanirrahim. Saya membayangkan ketika melihat muka depan buku ini adalah sebuah keadaan dan masyarakat yang mempraktiskan dan menjunjung tinggi nilai-nilai Islam di benua barat. Manakala, dari satu sisi imaginasi saya adalah masyarakat di bahagian dunia Islam yang sibuk bertelagah kerana perkara-perkara di langit dan keadaan sekitar yang hambar. Mungkin sahaja imaginasi saya itu salah. Tetapi asbab wujudnya imaginasi seperti itu adalah daripada pemerhatian terhadap masyarakat tempat saya tinggal dan juga keadaan semasa yang terjadi di tempat majoriti umat Islam. Entah kenapa saya merasakan bahawa dunia Islam ini sangat miskin budaya-budaya Islam di amalkan dan sangat kaya dari aspek pembangunan material. Berbeza dengan dunia majoriti bukan Islam dan dipimpin pula oleh pemimpin bukan Islam mereka kaya dengan budaya-budaya Islam dan kaya juga dengan pembangunan ...