Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SYEIKH SITI JENAR

SILSILAH & AJARAN MAKRIFAT JAWA

Tanah besar Republik Indonesia bukan sahaja melahirkan sosok - sosok kiri, mahasiswa - mahasiswa militant , atau sasterawan - sasterawan agam seperti Pramoedya Ananta Toer, Amir Hamzah, Chairil Anuar, Rendra, Wiji Thukul, bahkan dari segi keagamaan yang membumi, keagamaan yang local , Indonesia menghasilkan watak sekredibel Syeikh Siti Jenar. Nama Syeikh Siti Jenar sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat, khususnya Jawa. Ia dikenal sebagai tokoh yang mempopularkan ajaran 'manunggaling kawulo Gusti', iaitu kesatuan antara hamba dengan Tuhan. Ajaran ini dianggap sesat dan berseberangan dengan Wali Songo (Wali Sembilan), bahkan menjadi momok yang menakutkan bagi banyak orang semenjak dahulu hingga sekarang. Itulah sebabnya, Syeikh Siti Jenar dijatuhi hukuman mati kerana dianggap salah, dianggap berdosa, kerana menyebarkan ajaran ini kepada orang awam. Di sisi lain, ajaran 'manunggaling kawulo Gusti' dinyatakan sebagai tingkatan terakhir dari tangga ...

SITI JENAR: SANG SUBVERSIF

'Akulah Tuhan, sebab di dalam diriku terdapat jiwa yang menyatu dengan zat Tuhan. Adapun jasadku adalah barang baru sama halnya alam semesta ini. Bisa rosak. Menjadi mayat, membusuk bercampur tanah dan menjadi debu, terbang ditiup angin,' kata Siti Jenar. 'Hidup ini adalah kematian. Kalian semua adalah mayat berjalan. Hidup yang sejati adalah setelah ajal. Setelah kematian, maka jiwaku akan bebas bersama zat Allah. Tidak lagi merasakan sakit, sedih, panas, dingin, gembira, dan menderita. Tidak ada di sana dan tidak ada di sini,' ujar Siti Jenar. Dalam Kisah Wali Songo yang ditulis oleh Asnan Wahyudi dan Abu Khalid MA. yang diterbitkan oleh Penerbit 'Karya Ilmu' Surabaya, menyebutkan ketika memperihalkan Syeikh Siti Jenar, 'Syeikh Siti Jenar sering kali diertikan sebagai Syeikh Lemah Abang. Siti ertinya Tanah, Jenar, ertinya Merah. Padahal Jenar itu erti sebenarnya adalah kuning.  Ajarannya yang dikenal sebagai Manunggaling Kawul...