Langkau ke kandungan utama

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam



oleh: Muhammad Adli Azimat

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membukukan ucapan dasar Presiden ABIM ke-2, saudara Anwar Ibrahim dalam Muktamar ABIM pada tahun 1975. Ucapan beliau dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Pemangku Presiden pada ketika itu) dek kerana saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan di bawah Akta ISA kerana mengetuai Demonstrasi Baling 1974.

          Ucapan dasar saudara Anwar Ibrahim diwarnai dengan kupasan-kupasan isu yang hangat pada ketika itu dan menerangkan kepentingan gerakan Islam seperti ABIM dalam membangunkan semangat rohaniah umat Islam di Malaysia yang sudah lama pudar kerana jauh daripada pendedahan terhadap Islam. (Pengertian soal solat, aurat, tadbir urus kerajaan dan hukum-hakam Islam)

          Dalam buku ini, terdapat 10 bab kecil yang menunjukkan pemikiran tajam saudara Anwar Ibrahim sebagai  peneraju gerakan Islam. Setiap persoalan dalam tajuk kecil dikupas secara kritikal oleh saudara Anwar Ibrahim. Antaranya ialah “Jelaskan Wadah Perbaharui Tekad: Pesanan Buat Generasi Muda Islam”, “Mengingat Muktamar Lalu”, “Ancaman Penjajahan yang Berterusan”, “Golongan Inteligentsia Warisan Penjajah”, “Kemaraan Komunis”, “Suasana Kepincangan”, “ The Rising Tide of Islam”, “Pembersihan dan Keanggotaan Amali”, “Perspektif Baru” dan “Satu Wadah Perjuangan”.
Kesemua bab kecil ini merupakan teras utama yang ingin disampaikan oleh saudara Anwar Ibrahim kepada pimpinan dan ahli ABIM supaya dapat disampaikan kepada masyarakat yang masih pada takuk kejahilan terhadap pengertian Islam yang asli, baik yang kaya mahupun miskin.

          Secara umumnya, dalam bab 1 hingga 4, ahli-ahli ABIM digesa supaya memahami isu-isu semasa untuk mencari solusi terhadap isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Saudara Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa era pasca kemerdekaan perlu dipandang serius oleh semua anggota ABIM agar diri dan rakyat tidak terikut ‘warisan’ penjajah Inggeris yang menyimpang daripada ajaran Islam. Sifat-sifat Kebaratan yang melampau akan menjadi Islam sebagai sesuatu ‘ikutan’ nenek-moyang atau momokan ulama-ulama ‘jumud’ pada pandangan masyarakat, sedangkan Islam itu bukan hanya sebuah agama tetapi lebih kepada cara hidup yang syumul. Sungguhpun Malaysia sudah menggapai kemerdekaan, masyarakat masih dijajah oleh imperialis dengan fakta-fakta songsang dalam pensejarahan tanah air dan juga Islam. Dalam erti kata yang mudah, minda umat Islam pada ketika itu terutamanya, masih dijajah dengan kisah-kisah silam British.

          Dalam bab “Kemaraan Komunis”, saudara Anwar Ibrahim secara jelas menolak fahaman tersebut walaupun terdapat beberapa persamaannya dengan pembawakan idealogi Islam (keadilan, menolong golongan minoriti yang daif dan sebagainya). Saudara Anwar Ibrahim menyingkap kupasan  Muhammad Iqbal dalam bukunya “Reconstruction of Religious Thought in Islam) bagi menerangkan perbezaan antara Komunis dan Islam. Jelas sekali, pendirian ABIM pada ketika itu mengangkat Islam sebagai solusi dan bukannya menganut fahaman Komunis. Selain itu, saudara Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Islam menolak monopoli dalam sistem Kapitalis.

          Ketika menyentuh bab The Rising Tide of Islam, saudara Anwar Ibrahim menyebut pemuka-pemuka Islam pada ketika itu seperti Pak Natsir ( Parti Masyumi, Perdana Menteri Indonesia), Imam Hasan al-Banna ( Ikhwanul Muslimin, Mesir) dan Muhammad Iqbal (Filasuf India). Beliau menegaskan bahawa negara kita juga memerlukan tokoh-tokoh Islam yang besar supaya rakyat mudah mengikuti perkara-perkara benar yang diungkapkan oleh pemimpin Islam berkenaan.


Akhir sekali, Pembersihan dan Keanggotaan Amali memaparkan kesungguhan saudara Anwar Ibrahim supaya ahli-ahli ABIM benar-benar memahami konsep Islam yang syumul dan tidak bersikap tidak konsisten. Antaranya menghadiri usrah dan tamrin dengan harapan ilmu terhadap Islam tidak akan mudah luntur.

P/S: Anwar Ibrahim muncul dalam lipatan sejarah sebagai pemangkin kebangkitan pemuda-pemudi dalam gerakan Islam. Keputusan beliau untuk terjun ke dunia politik menerusi tiket UMNO dikatakan sebagai satu tindakan ‘opportunistic’ atau mempraktik teori-teori mengenai pembawakan Islam beliau dalam pentadbiran kerajaan. Ada pihak yang mengatakan bahawa Projek Islamisasi beliau telah gagal dan tidak berhasil, namun begitu ada yang berkata sebaliknya. Pada hakikatnya, masyarakat Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada idea-idea beliau kerana perubahan zaman. Memang benar, ramai anak muda yang ingin menjadi seperti Anwar Ibrahim, tetapi tak ramai yang ingin ‘challenge’ idea beliau kepada sesuatu yang lebih positif dalam waqi’e masyarakat kini. Figura besar bermula dari figura kecil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S