((ELHAM ABDUSSALAM))
Pembacaan
saya bermula pada bulan Ogos 2014 dan berakhir empat bulan setelahnya. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya meletakkan
penanda baca/sticky notes pada helaian mukasurat kegemaran yang mengandungi
fakta-fakta baru. Ternyata untuk buku
ini saja, lebih 20 penanda baca telah saya buat menunjukkan betapa buku ini
sarat dengan topik dan ide-ide kritis yang tidak hanya menghuraikan pemikiran
Karl Marx malah menggandingkan doktrin beliau dengan ajaran-ajaran agama langit
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Walaupun perbandingan yang dibuat penulis boleh dicabar jika kita turut
membaca Kritik Ali Syari'ati terhadap Marxisme, Munir Che Anam berjaya
melorongkan sungai pandangan pembaca ke denai yang lain untuk direnungkan.
Sejarah mana-mana agama tauhid pun akan
membawa kita kepada periode penentangan antara puak yang lemah dan puak yang
kuat. Agama Hanif misalnya akan membawa
kita ke cerita pembakaran Nabi Ibrahim a.s. yang didokong oleh longgokkan kayu
api mencekau langit Babilonia hasil kerahan raja maha zalim Namrud bin
Kan’aan. Watak protagonis Nabi Ibrahim
a.s. yang dalam perjalanan suci mencari kebenaran yang ditentang oleh Namrud
yang antagonistik menjadi lembar inspirasi orang-orang di jalan salik yang
berpegang pada kalimah ‘Maqsud ila Allah’.
Agama Islam tampaknya tidak ketinggalan daripada suasana ini apabila
Nabi Muhamad SAW di era pre-Islam dan ketika proses Islamisi itu sedang berlaku
menampakkan begitu banyak sekali konflik yang melibatkan pertembungan hak
kebebasan dan konflik tatanan sosial antara mustadhafin dan mustakbirin.
Sejarawan Montgomery Watt menceritakan bahawa Makkah semenjak dulu lagi telah menjadi kota penting pada jalur perdagangan internasional. Berikutan sumber air yang tidak terpadam yakni telaga Zam-Zam dan kelebihan geografikal yang terletak pada pusat lintas perdagangan ke Suriah, Yaman, Thoif dan Najd menjadikan Mekah sebagai kota yang sangat membangun dari segi ekonomi lantas menjadikan orang Arab Quraisy sebagai pelopor ekonomi tersohor pada zaman itu (1). Kerana sambutan yang sangat menggalakkan di Mekah, praktis riba dan penindasan berleluasa. Orang-orang kaya memperbudak orang-orang miskin, perempuan sekadar sedap-sedapan dan perhambaan merajalela. Patricia Crone mempunyai perspektif yang lain tentang kemajuan ekonomi dan politik Mekah pada waktu itu. Menurut Crone, kemajuan Mekah bersandar pada Kaabah yang ketika itu menjadi pusat penyembahan berhala yang mendapat sambutan raksasa (2). Menurut Reza Aslan, terdapat 360 berhala tersimpan di dalam dan sekitar kaabah yang diterima sebagai dewa atau tuhan bagi jazirah Arab. Kaabah turut dianggap sebagai axis mundi bagi alam lantas dianggap sebagai tempat penuh karomah dan ajaib bagi Arab Pagan (3). Crome menyifatkan kemajuan Mekah adalah kerana Kaabah menjadi tumpuan ibadat dimana para Kahins dan Syeikh mengambil kesempatan atas sambutan ini untuk mengutip wang dan membajak nama sebagai orang suci yang mengawal Kaabah. Apa pun perspektif tentang kemajuan Mekah pada era itu, kesemuanya menggambarkan pengaruh kapitalisme yang dibawa oleh ‘orang suci’ dan ‘tempat suci’ telah lama ada.
Kedatangan Muhammad SAW merubah semua ini. Muhammad SAW datang dengan membawa mesej untuk menghapuskan penimbunan harta, menolak riba, merejam sistem ekonomi yang berat sebelah dan mewujudkan masyarkat egaliter yakni masyarkat tanpa kelas, yang tidak berbeza pada sandaran suku atau warna kulit tapi semata-mata iman teradap Tuhan Taala. Toha Husayn menulis satu kesimpulan yang menarik: “saya dapat mengatakan dengan suatu keyakinan jika dia berdakwah sebatas hanya masalah keesaan Tuhan tanpa menyerang sistem sosial dan ekonomi, mengabaikan perbedaan yang kuat dan yang lemah, kaya dan miskin, budak dan tuan dan tidak melarang praktik riba, maka suku Quraisy akan senang hati menerimanya” (4) . Apa yang dapat difahami, penentangan kafir Quraisy terhadap Islam bukanlah kerana mesej tauhid yang disampaikan (kerana agama Tauhid telah lama bertapak di Mekah melalui agama Hanif dan Nasrani) tetapi kerana Muhammad SAW melaksanakan agama yang bukan sekadar teoritikal dan sembahan semata-mata tetapi praktis dalam erti kata membuang segala bentuk busuk penindasan di sekeliling baginda. Merenung akan hal ini, tidak pelik untuk saya katakan seandainya Baginda SAW masih ada sekarang pastilah tangan Baginda sendiri yang akan memecahkan tembok-tembok kapitalisme yang sekarang sedang bersarang seperti anai-anai buta di Arab Saudi, malah kaki baginda sendiri lah yang akan memijak Kiub Kaabah yang semata-mata menjadi punca periuk nasi oligarki Saudi.

Arwah Karl Marx muncul
berdekad-dekad setelah Muhammad SAW.
Dilahirkan di Jerman dan anak kepada Rabbi Yahudi, Marx sebenarnya
terbiasa dengan persekitaran orang-orang yang kuat agama. Marx berjinak-jinak dengan ide Hegel dan
sosialis bawah tanah Perancis setelah berpindah ke Paris. Ketika di Paris lah Marx mula merasakan
kesengsaraan hidup menjadi orang buangan dan banduan. Penderitaanya terus berlaku apabila dihimpit
kemiskinan setelah berpindah ke London.
Sepanjang hidupnya yang gemilang Marx memperhatikan kesengsaraan hidup
kaum buruh rentetan Revolusi Perancis 1779 lalu bergabung dengan Engels pada
1848 dan menerbitkan The Communist Manifesto.
Setelah kematiannya, Sidney Hook mencatatkan tiga impak besar Marx yang
mempengaruhi masyarakat iaitu Materialisme Historis, teori perjuangan kelas dan
teori nilai/teori nilai lebih.
Sosialisme
dalam Islam dan Sosialisme Barat
Saya pernah ditanya oleh professor di
universiti tentang apakah komunisme dan sosialisme? Saya memberi jawapan yang mudah bahawa
komunisme adalah gerakan berbasis politik yang memperjuangkan konsep sosialisme
dengan radikal sedangkan sosialisme telah ada sebelum komunisme (gerakan London
Owenite sebagai contoh). Sosialisme
adalah pokok yang terbahagi kepada banyak cabang dan sosialisme itu sendiri
anti kepada radikalisme yang tidak berperikemanusiaan seperti Komunisme ala
Stalin dan corak pemerintahan Khrushchev dalam Soviet Union ketika Perang
Dingin. Mesej utama sosialisme, menurut
saya adalah mewujudkan masyarakat tanpa kelas, kesamarataan dari segi status
sosial dan dalam dunia sosialisme, tidak ada yang boleh membezakan taraf saya
dengan si dia hanya kerana rumah si dia lebih besar dari saya. Perkara ini saya terjemahkan dengan mudah
namun dari sudut akademik boleh dikira sebagai masyarakat egaliter. Masyarakat egaliter tidak asing dalam Islam. Islam menggunakan istilah jami’ al tauhid (5),
masyarakat yang menyaksikan status Yang Paling Tuan itu hanyalah milik Tuhan
melalui kalimah syahadah yang agung TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. Fazlur Rahman menekankan betapa
egalitarianisme itu esensi dalam Islam apabila menuliskan:
‘sejak
semula, Islam melalui ajaran prinsip moral dan berlakunya hukum dalam
kenyataan, pembaharuan masyarakat merupakan bagian dari inti ajaran islam…
Faktor paling fundamenta dan dinamis dari etika sosial dalam Islam adalah
egalitarianisme…” (6)
Seterusnya, Mansour Fakih turut pernah
menuliskan bahawa Islam pada dasarnya merupakan agama pembebasan umat manusia
(7). Memiliki pendapat yang senada
dengan beliau adalah Muhammad Ahmad Khalfallah yang mengemukakan bahawa pada
dasarnya Muhammad SAW adalah seorang yang revolusioner dala ucapan dan
perbuatannya Baginda SAW bekerja demi
perubahan pada ekonomi dan struktur masyarakat sosial (8).
Terdapat banyak dalil Qurani yang
mencatatkan tentang konsep sosialisme dalam Islam. Perhatikan suratul Qashash ayat 5:
‘Dan
kami hendak memberi kurnia kepada orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan
mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi’
Perhatikan juga hadis berikut yang
mendokong konsep egalitarianisme, hak buruh dan sosialisme serta menemplak
sistem kapitalisme:
Tiga
orang yang aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat iaitu orang yang berjanji
dengan namaku kemudian ingkar, orang yang menjual orang merdeka yang telah
dijadikan hamba kemudian mereka memanfaatkan harganya dan orang yang memperkerjakan
buruh lalu tidak menyelesaikan upahnya. (9)
Selari dengan konsep sosialisme Barat
yang melarang pemilikan oleh kelompok minoriti masyarakat (yakni kapitalis,
baron, tuan tanah, tuan pabrik), Bani Sadr menguraikan bahawa hal sama turut
dikongsi dalam Islam. Menurut beliau, Islam
melarang pemilikan secara malkiyatul zar (penindasan) sebaliknya membolehkan
pemilikan atas usaha kerja (malkiyatul khas) (10). Pendapat ini selaras dengan ide Marx bahawa
di dalam masyarakat sosialis, pemilikan bersama oleh masyarakat adalah penting
hingga tak ada sekelompok yang menghisap kelompok yang lain atau menindas yang
lain (11). Selain dari itu, Islam turut
menekankan hak-hak tenaga kerja yang meliputi pemberian gaji pada masa, hak
istirehat, hak perlindungan dan hak bekerja sebatas kemampuan sesuai dengan
hadis: mereka hamba kamu adalah saudara yang diamanhkan Allah, maka berilah
makanan dan pakaian, dan janganlah memberi pekerjaa yang tidak mampu dikerjakan
olehnya, atau jika kamu kehendaki hendaklah kamu membantunya (12). Hal ini tidak lari dari tujuan produksi dalam
masyarakat sosialis yang menjamin kebutuhan pekerja dengan menyempurnakan
produksi sosial atas dasar bersama.
Pembahagian tugas dalam masyarakat sosialis dilaksanakan dengan prinsip
semua orang bekerja menurut kesanggupannya dan menerima menurut apa yang dikerjakannya.
Sebagai rujukan, prinsip sosialisme yang
terkandung dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
1.
Melawan
eksploitasi terhadap orang miskin
4:7, 8:39,
4:418, 7:137, 9:103, 22:39, 2:190, 9:36, 2:191, 59:7, 89:6
2.
Menentang
monopoli ekonomi
104:6, 7:31, 59:7,
9:34, 2:219, 2:275, 30:39, 104:1, 7:31, 57:7, 51:19, 2:190, 6:142, 10:12, 26:151,
51:34, 42:5, 44:31, 17:16, 28:5, 4:75
3.
Membea
kaum mustadhafin
17:16, 28:5, 4:75,
62:2, 22:45, 107:1, 2:264, 42:8
4.
Menegakkan
keadilan dan kesamarataan
7:29, 4:135, 5:8, 9:34,
55:8, 11:84, 2:188, 2:275, 2:278
Penolakan
Marx terhadap agama: benarkah?
Dalam hidupnya, Marx pernah menulis 8
buah karya dalam bidang falsafah, 8 dalam bidang sejarah dan politik dan 5
karya dalam bidang ekonomi. Menurut
pengamatan saya, Marx hanya pernah menerbitkan hanya satu karya yang menyentuh
aspek keagamaan, itu pun tidak secara terus melainkan mengkrtik agama Feurbach
yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan manusia menerusi Theses on Feurbach
pada tahun 1845. Lalu, adakah benar
tokoh yang terkenal dengan frase: religion is the opium of the masses di dalam
karyanya yang tak pernah siap iaitu A Contribution to the Critique of Hegel’s
Philosophy of Right ini benar-benar menyampaikan risalah anti-agama?
Melihat ke dasar, Karl Marx tidak pernah
benar-benar menolak agama, kerana itu saya tidak pernah bersetuju dengan
penyataan bahawa setiap komunis semestinya agnostic/atheis (namun, adakah Marx
seorang komunis sedangkan sebelum matinya Marx, beliau pernah berkata: aku
melihat begitu banyak komunis dan aku tidak tahu apakah aku ini juga
komunis). Sikap Marx teradap agama
bertitik tolak dari beberapa hal. Pertama, kerana agama berada di luar
batas-batas logika. Agama tidak dapat
difahami semata-mata dengan logika, seperti kata reformis Islam dari India,
Allama Iqbal, agama adalah cetusan akal dan irfani. Marx yang terkenal dengan
dialektika materialisme tidak dapat menerima konsep yang luar dari batas
empiris, kerana perkara-perkara ghaib tidak dapat dibahaskan. Alasan kedua sikap Marx terhadap agama adalah
kerana agama dilihat sebagai candu masyarakat yang disalahfungsikan untuk
melestarikan status quo tokoh agama bangsawan bangsat dan mendukung sistem
kapitalisme di Eropah. Menurut Marx,
agama dijadikan sebagai alat justifikasi bagi tindakan elitis dan paham
kapitalisme yang merenggut leher rakyat.
Melalui agama, kaum tertindas dipaksa untuk bersabar dan redha dengan
sistem tidak adil yang lahir dari tangan-tangan manusia sendiri sedangkan
kaum-kaum miskin ini mempunyai potensi untuk bangkit dan melawan hegemoni
aparat kapitalis, yang dari perjuangan suku proletarian ini akan mewujudkan
masyarakat sosialis global. Agama,
menurut pandangan Karl Marx, tidak menjadi agen moral yang aktif malah
menjadikan penganut-penganutnya pasif dan anti-revolusioner.
Mengakhiri catatan saya, ingin saya
menitipkan pesan Ali r.a. buat renung-renungan:
“bukan orang yang tertindas, dan bukan
penindas
Bantulah orang-orang yang tertindas
melawan kaum penindas”
Senarai
rujukan:
1. W.
Montgomery Watt, Mohammad At Mecca (1953) Oxford University Press, Hlm. 3
2. Patricia
Crone, Meccan Trade And The Rise Of Islam
3. Reza
Aslan, No God But God (2011) Arrow Books, Hlm 7
4. Toha
Husayn, Al-Fitnah Al-Kubra (1970) Oxford University Press, Hlm 18
5. Asghar Ali Engineer, Islam And
Liberation Theology: Essays On Liberative Elements In Islam (1990) Sterling
Publishers Pt Ltd, Hlm 88
6. Fazlur
Rahman, "Islam" dalam The Encyclopedia Britannica Vol Xii, Hlm. 669
7. Mansour Fakih, Merekonstruksi Realitas Dengan
Perspektif Gender Sebuah Pengantar (1997), Sekretariat Bersama Perempuan
Yogyakarta, Hlm 1-7
8. Muhammad Ahmad Khalfallah, Muhammad Wa
Quwwa Al Muwadadah (1973), Hlm 113
9. Hadis Riwayat dari Abu Hurairah,
Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Ijarah, Bab Ismi Man Mana'a Ajr Al-Ajr,
Vol Ii, Hlm 68, Hadis Nombor 2270
10. Abu
Hasan Bani Sadr, Islam In Transition (1982), Oxford University Press, Hlm 230
11. Ken
Budhha Kusumandaru, Karl Marx, Revolusi, Hlm 102
12. Hadis Riwayat Abu Dzar Al-Ghifari, Sahih
Bukhari, Kitab Al-Adab, Bab Ma Yunha Min As-Siai’wa Al-La’n, Vol VII, Hlm 85
Ulasan
Catat Ulasan