Langkau ke kandungan utama

ALI SYARI'ATI: MELAWAN HEGEMONI BARAT


((SDRI. NUR ATIKAH KARIM))

Ali Syariati adalah tokoh pemikir Islam Iran dan antara intelektual awam yang berpengaruh dalam kebangkitan revolusi Islam Iran. Aku sebagai pembaca lebih suka mengenengahkan pemikiran Ali Syariati dalam kerangkanya melontarkan kritisme-kritisme yang bersifat tajam pada ulama-ulama tradisionalis di zamannya tanpa mempedulikan latar pemikiran teologi apa yang dibawanya. Sama ada Syiah, Sunni mahupun Wahabi.

Ali Syariati berpendapat malah berkeyakinan malah Islam sebagai teologi pembebasan umat-umat tertindas dan menurut sisi pandangannya Islam ini terbahagi kepada dua iaitu Islam sebagai ideologi dan Islam sebagai budaya. Islam sebagai ideologi ini dibentuk Abu Dzarr dan Islam sebagai budaya dibentuk oleh Ibnu Sina. Menurut beliau lagi, Islam sebagai ideologi ini bertindak melahirkan mujahid (pejuang dalam menegakkan agama Allah) sedangkan Islam sebagai budaya melahirkan mujtahid (ulama). Jadi di sini, apa yang boleh aku katakan ialah Raunsyanfikr membentuk Islam sebagai ideologi, manakala para ulama membentuk Islam sebagai budaya. Ali Syariati juga ada berpendapat bahawa Islam menurut kerangka pemikirannya adalah Islam progressif  yang berupaya membebaskan umat-umatnya dan cengkaman kemiskinan, penindasan malah penderitaan sekalipun. Islam menurutnya bukan sekadar tauhid (meaningless) yang hanya mengikut urutan fakta-fakta. Sekadar ritual kosong, zikir dan doa (baca: yahanana/qasidah) tanpa perlu taqlid yang kritis terhadap ulama.

Kelompok yang paling berpengaruh dalam pergerakan revolusi Islam Iran secara sederhana dapat dibahagikan kepada dua kelompok iaitu ulama (religious scholars) dan satu pihak lagi intelektual awam. Di antara yang paling menonjol di dalan kelompok ulama tentu saja Ayatullah Ruhullah Khomeini dan Ayatullah Murtadha Mutahari  sedangkan yang paling menonjol dalam kelompok intelektual awam adalah Ali Syariati sendiri, Mehdi Bazargan dan Bani Sadr. Meskipun, kedua kelompok ini yang pada dasarnya mempunyai tujuan yang sama iaitu menumbangkan rejim pemerintahan otokratik Syah Reza Pahlevi, kelompok ulama menjadi sekutu yang sangat kuat malah bertentangan cara perlawanannya berbanding kaum intelektual awam. Di sini, di dalam buku ini juga ada menyebutkan bahawa kelompok intelektual awam ini tadi yang terdiri daripada Mehdi Bazargan, Bani Sadr malah Ali Syariati sendiri yang pada mulanya berangkat dari teologi Syiah sendiri dalam melancarkan kritik tajam terhadap penguasa, tetapi warna Barat cukup dominan dalam perjuangan mereka. Oleh sebab itulah, mereka sering dituduh bersikap kebarat-baratan (westernized) dan tidak sesuai menjadi pejuang yang menegakkan agama Allah malah mereka sering pula melancarkan kritisme-kritisme yang berunsur tajam terhadap institusi-institusi tradisional di bawah kekuasaan ulama-ulama tradisionalis.

Sebagai salah seorang tokoh pemikir dan intelektual awam yang paling berpengaruh lewat sekitar revolusi Islam Iran. Dabashi bahkan menyifatkan bahawa Syariati mempunyai peribadi yang kompleks, sekaligus emosional serta controversial. Sifat-sifat progressif malah tegas sebagai intelektual awam mampu membuatkan namanya sebaris bersama Imam Ali, Imam Husayn, Abu Dzarr, Jean Paul Sartre, Frantz Fanon, Emile Durkheim, Max Waber dan Karl Marx. Pemikiran Syariati juga tidak terlalu sistematik malah penuh dengan kotradiksi dan ini memperlihatkan Syariati tampil dalam figura yang membuat masyarakat keliru dalam memahaminya.

Sikap Syariati terhadap marxisme juga sangat kompleks. Sebahagian ada menyebut bahawa Syariati memiliki hubungan “cinta-benci” (hlovate relationship) dengan marxisme. Namun, jika diperhatikan tulisan-tulisan beliau malah pembacaan yang cermat ke atas pemikirannya, ini dapat menghilangkan keraguan bahawa kerangka utamanya, konsep pemikirannya terhadap sejarah, kebudayaan, program aksi politik dan strateginya tentang propaganda revolusioner semuanya berada didalam kerangkan tradisi Marxis klasik. Maka, tidak hairanlah ada juga yang member beliau julukan “Marxisme Islam”.

Demikianlah, ia banyak menggunakan paradigm, kerangka dan analisis Marxis untuk menjelaskan perkembangan masyarakat. Perlawanan dan kritisme terhadap kemapanan politik dan agama hampir secara keseluruhan didasarkan pada  pendekatan dan analisis Marxis. Bahkan, Syariati sendiri pernah memberitahu bahawa orang tidak akan mampu mengerti sejarah dan masyarakat tanpa pengetahuan tentang Marxisme.

Syiah, Ideologi Revolusioner dan Ulama

Meski pemerintah Islam Iran menunjukkan penghargaan terhadap Syariati, isterinya mengemukakan bahawa seandainya Syariati masih hidup, ia pastilah berada di dalam penjara. Malah menurut isterinya lagi, ulama-ulama yang ada bahkan akan menyerangnya bertubu-tubi dengan fitnah yang bertalu-talu dengan menyatakan bahawa Syariati adalah pengikut rahsia Marxisme dan Babisme, seorang Sunni dari kelompok wahabi, munafik, penaklid buta barat(gharzadeh) dan penyanjung Gurvitch yahudi dan Massignon Kristian. Menurut isterinya lagi, jika Syariati masih hidup, beliau pasti akan meneruskan kritik-kritik kerasnya terhadap ulama yang sudah pasti akan menghantarnya kembali ke terali besi. Walaupun berasal dari keluarga ulama yang terkemuka, tetapi ini ternyata tidak menghalanginya untuk melancarkan kritik-kritik tajam tajam terhadap kaum Ulama’.

Like father like son, sikap Syariati terhadap ulama diwarisi dari ayahnya, Muhammad Taqi Syariati yang mempunyai silsilah panjang keluarga ulama. Namun, Taqi Syariati adalah alim ulama yang tidak berapa konvesional. Bagi Ali Syariati sendiri, ayahnya adalah guru hakiki dan sebagai anak, dia melihat ayahnya sebagai “the real raunsyanfikr” intelektual terbebaskan dan tercerahkan secara sejati. Taqi Syariati termasuk di antara sedikit ulama yang dengan teguh dan setia memelihara Islam di tengah kerumunan ulama-ulama yang banyak mengkhianati ajaran Islam.

Syariati juga sangat menentang ulama-ulama yang mempunyai hubungan organic dengan kemewahan itu sendiri melalui kelas berharta. Syariati lebih jauh menilai hubungan khusus ulama yang semacam telah menjadikan mereka sebagai instrument kelas-kelas berharta dan lembaga-lembaga pendidikan Islam dibiayai kaum berharat untuk mencegah ulama berbicara tentang perlunya menyelamatkan kaum miskin. Sebaliknya, dengan menggunakan doktrin fiqih tentang ekonomi ulama berusaha mengabsahkan eksploitasi yang menurutnya bahkan lebih eksploitatif dibandingkan dengan kapitalisme Amerika.

Menurut Syariati lagi, banyak ulama berpandangan sangat sempit yang hanya bias mengulang-ulang doktrin fiqih secara bodoh. Mereka memperlakukan kitab suci sebagai lembaran kering, tanpa makna, sementara asyik dengan isu-isu yang tidak penting seperti soal pakaian, ritual, panjang pendeknya janggut dan yang semacam dengannya. Akibatnya, ulama gagal memahami makna istilah-istilah kunci seperti “ummah”, “imamah” dan “nezami tauhid”. Lebih ironi lagi katanya, untuk menemukan makna hakiki istilah-istilah seperti  ini, ia terpaksa pergi kepada orientalis seperti semacam Montgomery Walt.

Syariati memang ternyata pedas kritikannya. Menurutnya ulama cuma pandai menggelembungkan ajaran keakhiratan dan menggunakannya sebagai pelarian dari masalah-masalah dunia kontemporari khususnya Industrialisme, Kapitalisme, Imperialisme  dan zionisme. Bahkan mereka ternyata lebih senang mahu kembali ke masa lampau yang dipandang gemilang daripada melihat ke masa depan. Akibatnya, mereka menolak malah melawan seluruh konsep barat termasuk yang sebahagian yang dapat memajukan umat Islam.

Ini terlihat dari ketidaksediaan mereka melanjutkan gagasan pembaruan Islam yang dikemukakan tokoh-tokoh semacam Jamal Ad-Din Al-Afghani, Muhammad Abduh atau Muhammad Iqbal. Ketiga-tiga tokoh ini menjadi tokoh yang sangat ideal bagi Syariati.  Afghani sama seperti Syariati adalah pembaru dan sekaligus melawan imperialism Barat, Abduh adalah kekuatan utama di belakang gerakan pembaruan di Mesir pada awal abad ke 20, sedangkan Iqbal memupuk aktivisme dalam diri kaum muslimin secara kreatif supaya mengatasi kepasifan muslim di masa moden.


Ketiga tokoh ini, tentu saja pernah mengkritik ulama tradisional. Namun kritik Syiah jauh lebih keras dibandingkan ketiga tokoh tadi. Pembaruan dalam Islam, menurut Syariati hendaklah lebih diorientasikan kepada kesedaran revolusioner daripada menciptakan keilmuan skolastik. Setiap individu muslim mempunyai hak untuk langsung-tanpa harus melalui ulama dalam meninjau sumber-sumber tekstual. Syariati melangkah lebih jauh dengan menyatakan bahawa seorang mujtahid dapat menghasilkan ijtihad menyangkut hukum Islam tanpa harus lebih dahulu mempelajari Al-Quran. Hanya dengan cara ini pembaruan secara fungsional untuk mengubah agama dari negative religion menjadi positive religion.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...