((SDRI. JULIYANA JUNAIDI))
Buku setebal
lebih kurang 280 muka surat ni aku beli di Big Bad Wolf tempoh hari. Harganya
cukup murah, Cuma RM3 sahaja. Kebanyakan buku lain yang dijual berharga RM8
namun aku pelik juga kerana buku ni Cuma berharga serendah RM3. Apa-apa pun,
yang beruntung aku juga lah kerana dapat spend lebihan wang untuk buku lain.
Aku cuma ambil masa selama empat hari untuk habiskan buku ni. Buku ni seakan
ada suatu kuasa yang menarik aku untuk terus dan terus membacanya tanpa beralih
ke buku lain seperti yang selalu aku lakukan. Mungkin sebab ia adalah
berdasarkan pengalaman sendiri penulis tersebut.
Buku ni
mengisahkan tentang kisah benar seorang wanita yang bernama Suraya Sadeed.
Seorang Afghan-American yang
berhempas pulas demi anak-anak Afghanistan. Buku ini bermula dengan kisah
percintaan rebel beliau dan suami beliau dan bagaimana kematian suami beliau
membolehkan beliau menjadi seorang wanita yang sekuat sekarang ini. Wanita
ini mempunyai hanya seorang anak perempuan, dan beliau bernama Maryam. Kisahnya banyak berkisar tentang
bagaimana beliau bergelumang dengan Taliban demi menyampaikan bantuan
kemanusiaan. Beliau lahir di Kabul tetapi disebabkan isu peperangan, beliau
berpindah ke Amerika dan telah dapat kerakyatan dari sana.
Menurut beliau, Taliban ada dua golongan, ada antara mereka yang
terlalu rigid dan ada juga yang boleh dibawa berbincang. Tetapi kebanyakan
Taliban sangat mengehadkan pergerakan perempuan dan mengongkong kebebasan
perempuan.
Ini dapat dibuktikan dengan pengharaman budak perempuan untuk
bersekolah. Suraya mengambil risiko untuk mengajar pelajar perempuan sahaja
secara sembunyi. Taliban mengajarkan budak lelaki tentang peperangan, kekerasan
dan tiada tolak ansur dengan perempuan.
Malahan, ketika Suraya cuba mencari buku-buku di sekitar
Afghanistan untuk diajarkan, beliau tidak medapati sebarang buku kecuali
semuanya berkait dengan peperangan dan kekerasan.
Momen paling
ngeri dalam catatan beliau ini adalah apabila beliau menceritakan tentang
badan-badan yang bergelimpangan dengan darah. Kepala dan anggota badan lain
bertebaran akibat perbuatan terkutuk Taliban.
Taliban berasal daripada Talib iaitu bermakna
pelajar. Dan menurut Taliban, mereka adalah pelajar daripada Al-Quran. Masalah yang terbesar bagi
pendapat aku adalah apabila mereka ini mentafsir Al-Quran secara literal dan
tanpa mengambil kira keadaan, masa dan waktu sesuatu tempat. Itu juga yang
berlaku kepada umat Islam seluruh dunia sekarang ini. Terlalu suka mentafsirkan
ayat Al-Quran dan Hadith dengan jalan
yang salah sekaligus menyebabkan berlakunya peperangan antara Muslim itu sendiri. Tidak keterlaluan
sekiranya kalau aku kata, jika aku adalah seorang non-muslim pada waktu sekarang ini, apabila Muslim datang kepadaku
dan mengatakan, Islam adalah agama keamanan‟ aku agak sukar untuk mempercayai
mereka.
Lihat sahaja
golongan-golongan seperti Isis, Al-Qaeda, Taliban dan sebagainya yang bergaduh demi kuasa tetapi menggunakan
nama Islam. Mungkin pada awalnya
tujuan mereka semua bagus tetapi pelaksanaan mereka bersifat terburu-buru dan
lebih suka melabel orang lain sebagai kafir apabila berlaku percanggahan
pendapat dan sebagainya.
Berbalik
kepada isi buku ni, tragedi 11 September
banyak memberikan kesan kepada Suraya. Suraya beranggapan bahawa segala
kerja-kerja beliau di Afghanistan
seperti pembukaan 3 buah klinik sudah berakhir kerana peristiwa 11 September
mungkin memberikan kesan yang besar memandangkan Osama bin Laden sudah menetap lama di Afghanistan walaupun sebenarnya beliau berasal daripada Arab Saudi. Tetapi sangkaan Suraya
salah, dengan adanya isu 11 September,
rakyat Amerika lebih banyak memberikan perhatian kepada rakyat Afghanistan kerana beliau juga faham bagaimana rakyat Afghanistan bertarung dengan golongan
Taliban.
Memang tak dinafikan ada juga golongan yang mengkritik dan
mengutuk kerja-kerja Suraya tetapi jumlahnya hanya dalam 10%. Dalam 90% lagi
menyokong dan banyak menyumbang dari segi kewangan kepada Suraya.
Suraya telah
dijemput dalam satu talk show Oprah Winfrey untuk berkongsi
kerja-kerja amal yang beliau lakukan untuk rakyat Afghanistan. Pada mulanya beliau mendapat panggilan daripada
pejabat Oprah Winfrey, beliau
beranggapan yang itu hanyalah satu prank
yang dikenakan kepada beliau kerana sebelum itu beliau ada juga menerima
panggilan-panggilan prank yang banyak
mencaci dan mengutuk beliau dengan kerjaa yang beliau lakukan.
Namun ia
sebenarnya memang benar, beliau dijemput ke talk
show Oprah Winfrey. Apabila ditanya oleh Oprah tentang apakah satu benda yang Suraya mahu sekali ubah di Afghanistan, Suraya menjawab
“Pendidikan”. Ternyata pendidikan adalah sangat penting dan Oprah juga mengakui
itu. Di akhir rancangan tersebut, Oprah telah menderma sebanyak 250 Ribu US Dollar untuk HTAC (Help The Afghan Children) yang ditubuhkan oleh Suraya. Dan
Suraya telah menggunakan duit itu untuk membina sekolah di Afghanistan.
Suraya ada
memberi email sebagai balasan terima kasih kepada setiausaha Oprah Winfrey dan melaporkan apa yang
telah HTAC lakukan dengan wang derma
tersebut. Apa yang membuatkan Suraya lebih terharu dan terkejut adalah, Oprah sendiri yang telah membalas email
tersebut dengan menyumbangkan lagi sebanyak 1
million dollar untuk HTAC. Dan
Suraya pula sangat gembira dan mula membayangkan betapa banyak lagi sekolah
yang boleh dibina dengan duit tersebut.
Kalau
ditanya pendapat aku berkenaan isu ini, aku berpendapat kebaikan mengatasi
agama. Mana-mana agama juga mengajarkan kita untuk berbuat baik sesama manusia.
Aku teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh di mana beliau ada mengatakan
yang, ‘..Aku pergi ke Barat, aku
melihat Islam tanpa Muslim, Aku pergi ke timur, aku melihat Muslim tanpa Islam‟.
Kadang-kadang orang Islam sendiri tak
mengamalkan apa yang diajar dalam Al-Quran
dan Sunnah tetapi orang lain yang atheis dan beragama lain, akhlak mereka lebih
terjaga daripada umat Islam sendiri. Kalau lihat di You tube, berapa banyak orang sudah buat sosial eksperimen di
negara barat berkenaan Islamophobia dan sebenarnya kebanyakan daripada mereka,
termasuklah Yahudi, masih lagi ada
humanity dan
menganggap tidak semua orang Islam itu sama seperti pemberontak-pemberontak
Islam yang lain. Apa yang mereka mahukan Cuma kedamaian. Tetapi aku sebenarnya
dahagakan semacam sosial eksperimen di Malaysia,
misalnya ada orang tulis signboard “Hug A Jewish”, apakah agaknya reaksi rakyat
Malaysia kita waktu itu?
Ulasan
Catat Ulasan