((Mohd
Hasnul Mohd Sani))
Jika membaca dari tajuknya kita pasti
beranggapan bahawa novel ini akan menceritakan mengenai golongan
atheis dan juga akan merungkai mengenai kewujudan tuhan,asal usul
kejadian manusia.Saya sendiri membayangkan perdebatan hangat antara
golongan atheis dan theis.Tapi benarlah kata pepatah Inggeris (yang diterjemahkan) Jangan Menilai
Buku Dari Kulitnya. Tajuk buku ini tidak mencerminkan apa yang saya
jangkakan. Walaupun begitu buku ini juga menarik untuk dibaca.
Buku ini secaranya umumnya adalah
sebuah novel cinta yang menggunakan latar belakang agama dan
atheis.Pada pendapat saya,terdapat beberapa kritikan-kritikan kepada
orang yang beragama Islam secara bertaklid buta dan kritikan ini
serupa seperti kritikan Kaum Muda kepada Kaum Tua.Melihatkan kepada
tahun penerbitannya (1949) bolehla dikatakan yang buku ini dihasilkan
semasa perselisihan antara Kaum Muda dan Kaum Tua sedang berlaku dan
buku ini dihasilkan untuk mengkritik Kaum Tua secara halus.
Pada permulaan cerita digambarkan
mengenai Hasan dan keluarganya. Ibubapa Hasan adalah pengikut ajaran
Tarikat yang mengajarkan zikir-zikir yang Hasan sendiri idak tahu
maksudnya tetapi selalu dibaca untuk mengharapkan pahala dan
keampunan dari Allah SWT. Ibubapa Hasan juga mengajarkan ajaran Islam
yang mengajarkan mengenai pahala dan neraka. Mengenai balasan-balasan
yang akan diterima jika kita mengingkari perintah Allah
Situasi semasa novel ini dikarang tidak
banyak bezanya dengan zaman sekarang.Anak-anak diajar mengenai
hukuman-hukuman oleh Allah jika menginkari perintahNya sedangkan. Sebagai contoh jika berbohong,lidah akan dipotong di akhirat,jika
mencuri ,tangan akan dipotong. Kita hanya dimomokkan dengan
hukuman-hukuman ,umat Islam masih lagi bertelagah mengenai hukum
halal dan halal,bertelagah mengenai samaada menyentuh anjing apakah
hukumnya sedangkan asas rukun Islam yang pertama sendiri tidak
ditanamkan oleh ibubapa kedalam hati anak-anak mereka. Bilakah ibubapa
kita mengajarkan kalimah Syahadah (Aku bersaksi Tiada Tuhan yang
berhak disembah kecuali Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah) kepada kita dan pengertiannya? Adakah pengertian syahadah ini
hanya diajar semasa ujian PAFA darjah 6. Sejak kecil kita diajar
untuk bersolat dan berpuasa tapi ajaran tauhid tidak pernah
diajarkan kepada kita. Sedangkan ajaran inilah yang paling utama di
dalam Islam.
Selanjutnya kita dapat melihat watak
Hasan yang jatuh cinta pada Rukmini tetapi cinta mereka terhalang
kerana perbezaan kelas social. Ciri ini adalah perkara yang sering
terjadi di zaman buku ini ditulis.Walaupun ajaran Islam diamalkan
oleh penduduk kampong yang mengatakan semua manusia adalah sama di
sisi Allah tetapi yang membezakan mereka adalah ketakwaan, tetapi
perkara ini masih lagi berlaku.
Inilah yang dinamakan Islam diamalkan
hanya pada kulitnya. Kita sibuk sembanyang tertonggeng-tongeng tetapi
apabila kita dapat menangkap pencuri tabung masjid, kita belasah
pencuri yang beragama sama dengan kita tanpa belas kasihan dan
membogelkan mereka dan yang memalukan dilakukan oleh ahli Jemaah yang
baru lepas bersolat. Agama Islam adalah agama kasih sayang tetapi apa
yang ditunjukkan oleh mereka seperti merekalah yang menjual tiket ke
syurga dan neraka.
Selanjutnya Hasan yang patah hatinya
berpindah kebandar untuk bekerja. Hasan,hasil dari orang Islam yang
mengamalkan ajaran Islam pada kulitnya sahaja menempuh zaman hidup
dimana kepercayaannya diuji.Hasan yang kebandar adalah Hasan yang
bertarikat dan berzikir dari ajaran tarikat.Usai solat dibaca
zikir-zikir dalam bahasa Arab yang panjang dengan mengharapkan
ketenangan.Selalunya apabila disebut seorang yang
bertarikat,digambarkan oleh seorang yang telah mendalami ajaran Islam
yang paling tinggi tingkatnya. Di sini Hasan berkenalan dengan
Kartini,wanita yang seiras dengan kekasih hatinya.satu sahaja masalah
pada Kartini adalah dia seorang ATHEIS. Hasan yang bertarikat
membenci Kartini kerana kepercayaannya tetapi kerana cinta buta yang
kian menarik Hasan, dia makin hanyut dalam buaian cinta dan makin
hilang pedoman dari Islam.Hasan makin hilang pedoman apabila dia
berjumpa Rosli, sang atheis tulen yang berdebat dengan Hasan dan
ternyata Hasan kalah dalam penghujahannya.
Kita umat Islam sungguh marah bila
orang Islam menjadi murtad mengikuti agama lain atau menjadi
atheis. Ada yang hafal Al-Quran atau anak ustaz/ustazah tetapi
akhirnya meninggalkan Islam semuanya kerana cinta. Bukankah situasi
ini masih lagi berlaku sekarang?
Hasan yang sedang kemaruk cinta
akhirnya mula meninggalkan agamanya.Tetapi akhirnya dia diserang
penyakit TB. Memang benarlah kata orang yang manusia akan kembali pada
Tuhannya apabila ditimpa kesaakitan dan penderitaan.
Ulasan
Catat Ulasan