Langkau ke kandungan utama

Revolusi Belum Mati Surat-surat Malam Rahmat Jabaril



Interaksi Kekuatan Revolusi.
Revolusi Belum Mati  Surat-surat Malam Rahmat Jabaril,  menceritakan tentang keluh-kesah dalam perjuangan menentang penindasan. Seperti  yang kita ketahui Revolusi  itu membawa makna yang besar. 

Revolusi  itu sesuatu  yang bergerak pantas serta meluas. Jika perkara ini tiada maka matilah sebuah revolusi. 

Skop revolusi pula boleh dibahagikan kepada Revolusi sosiobudaya, revolusi ekonomi, revolusi politik. 

Dalam penulisan Rahmat Jabaril lebih menyentuh perjuangan sosial. Umum mengetahui bahawa Indonesia mempunyai berbagai-bagai krisis. Jadi wajarlah lebih banyak gerakan revolusi di sana berbanding di Malaysia. Pada pengakhiran buku ini Rahmat Jabaril ada menegaskan hala tuju sesebuah perjuangan.

Apa yang hendak ditekankan adalah semangat perjuangan. Dalam sesebuah perjuangan harus ada perhubungan atau interaksi antara para-pejuang. Selain dari pada itu sesebuah perjuangan tidaklah semestinya perlu mengangkat senjata. Ada seribu cara untuk berjuang, mengikut pemahaman dan kebolehan individu.

Seorang pejuang tidak akan mencanang diri mereka sebagai seorang pejuang. Sebaliknya mereka menyelam ke dasar kelompok sosial untuk menggali permasalahan sosial yang berlaku. Dengan adanya interaksi yang banyak pembahagian permasalahan dapat dibuat. Para pejuang akan menggembeling tenaga untuk mencapai matlamat mereka dalam menangani masalah sosial.

Apa yang boleh kita dapati melalui pembacaan buku ini ialah semangat juang. Sedikit-sebanyak  ia dapat  menyuntik semangat para-pejuang sosial di Malaysia agar bertindak lebih serius dalam sesebuah perjuangan. Interaksi merupakan aspek yang paling penting. Melalui pergaulan dan kerjasama ramai  ialah akan melancarkan segala perjalanan sebuah revolusi.

Revolusi itu tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa seseorang pejuang bergaul dengan kelompok sosial dan tanpa interaksi maka matilah sebuah revolusi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...