Langkau ke kandungan utama

KEADILAN ILAHI - HAMKA


Okey, buku ini aku belum baca lagi, akan tetapi covernya menarik hati betul. Kawan aku, Syafiq Shah baru sahaja mendapatkan buku ini, selain dua buah buku lagi iaitu Terusir dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang dikarang oleh Buya HAMKA.



Syafiq yang masih memburu karya Pak HAMKA bertanya, 'ada info bagaimana nak memburu karya Buya HAMKA yang lain?'


Aku ingat ini buku non fiksyen dan sama dengan genre 'Keadilan Ilahi' tulisan sarjana Iran, Murtadha Muthahhari, ternyata bukan. Ini adalah novel tulisan Buya HAMKA.


Kata Syafiq, setakat ni, ketiga-tiga karya Buya HAMKA yang dibelinya adalah terbitan Pustaka Dini. Kurang berpuas hati dengan cetakannya, dari sudut font yang terlampau besar. Tetapi isi dalamnya asli, masih tetap memaksa pembaca merujuk kamus dewan bahasa. Karya Buya HAMKA memang mengasyikkan.

Petikan dari novel Keadilan Ilahi - HAMKA:

"Wahai anak-anak gadis, bersuami itu biarlah dua perkara. Pertama dapat berlepas hati, tetapi tidak kena apa yang terasa di hati. Kedua kena apa yang terasa di hati, tetapi tidak dapat berlepas hati."

"Apa pula ertinya itu kakak?" Tanya seorang gadis.

"Pertama dapat berlepas hati, mahu gelang ada gelang, mahu sawah diberikan sawah, mahu rumah diperbuatkan rumah tetapi tidak kena apa yang terasa di hati, ibarat seorang yang terselat garam di giginya, sebentar-bentar menarik nafas juga dari sela giginya sebab suami itu tidak sepadan diri, baik lantaran umurnya telah tua atau lantaran bermadu, tetapi suami itu kaya."

"Kedua kena yang terasa di hati......."



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...