pada 15hb Oktober 2012 pukul 10.35 pagi
Michael
Jordan vs biri-biri
sebagai
pelajar jurusan hubungan antarabangsa, kesemua rentetan kejadian ini membuka
mataku. Rupa-rupanya bukan sahaja di negaraku, bahkan isu pemisahan atau
separatisme turut berlaku di negara-negara maju. Tetapi apa yang menarik,
separatisme tidak selalu dianggap negatif dan ternyata mampu dikumandangkan
tanpa perlu ada pertumpahan darah dan konflik fizikal, cukup dengan diplomasi
dan perdebatan secara aman.
oui ou non
semua orang
menjulurkan leher melihat ke telunjukku yang mengarah ke wilayah nusantara.
"Persamaan antara Indonesia dan Kanada adalah sekiranya peta negara kita
dibandingkan, panjang negara kita hampir sama dari barat ke timur. Tetapi kami
memiliki ribuan pulau dan kawasan laut yang luas," kataku menggebu-gebu.
"Combien?
Berapa? 220 juta orang?" tanya Mado dengan muka hairan. Mungkin sukar
baginya membayangkan sebuah negara dengan jumlah penduduk yang begitu besar,
sebab dengan keluasan lima kali lebih besar daripada Indonesia, Kanada hanya
memiliki tiga puluh juta orang penduduk.
"Ya.
Jumlah rakyat kami sebanyak itu.," kataku meyakinkan dengan menuliskan
angka 220 dan enam angka sifar di atas kertas.
"dan
kami memiliki lebih 700 dialek bahasa yang berbeza," kataku bangga. mereka
terkesima. Tujuh ratus. Ya, aku menuliskan angka 700 di atas kertas
besar-besar.
"bagaimana
kamu semua mampu berbicara antara satu sama lain?"
"kami
memiliki satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Indonesia."
Ferdinand
menggeleng-geleng hairan. "Magnifique! Luar biasa! Entah bagaimana
kamu mampu mengajarkan satu bahasa kepada ratusan juta orang yang berbeza
bahasa ibunda, kami yang hanya memiliki dua bahasa, Inggeris dan Perancis pun
sudah susah." buat pertama kalinya aku sedar betapa hebatnya pencapaian
Indonesia dengan satu bahasa kebangsaan. Sesuatu yang selama ini aku anggap
biasa ternyata sangat hebat di mata orang asing.
"Une
importante question. Satu soalan penting. Dengan ratusan juta orang,
puluhan ribu pulau, ratusan bahasa dan budaya, apakah tidak ada yang mahu
berpisah dari Indonesia?"
"Ehmm.
Tentu sahaja ada. Memang semenjak Indonesia merdeka pada tahun 1945, terdapat
beberapa gerakan seperti itu. apatah lagi apabila ada rakyat yang berasa kurang
puas
UTOPIA RANAH 3 WARNA
"Oh ya,
nanti kamu pulang dan pergi sahaja tidak kira jam berapa. pintu sentiasa
terbuka, tidak pernah kami kunci," kata Ferdinand yang baru duduk di meja
makan.
"Kenapa
tidak dikunci?" tanyaku secara refleks.
"Kenapa
perlu dikunci?" tanyanya balik.
"Tidak
takut ada apa-apa jika tidak dikunci?" tanyaku masih kehairanan.
Mado
tersenyum. "Di sini tidak pernah ada kecurian. Hampir semua rumah tidak
dikunci siang ataupun malam."
Aku
kebingungan. Dahulu aku fikirkan hal begini hanya terdapat di dalam filem,
novel ataupun impian idealis mengenai sebuah negara yang makmur sahaja. tetapi
kini aku berada di sebuah kota yang penduduknya tidak merasakan perlu mengunci
pintu sebab tidak ada kes jenayah atau kecurian. Zero crime rate!
"Bagaimana
sampai tidak pernah ada kecurian? Adakah semua orang di sini sudah kaya
raya?" tanyaku semakin pelik.
Kali ini Franc
yang menjawab."Tentulah tidak semua orang kaya, tetapi hampir semua orang
berkecukupan. Ada yang miskin dan tidak bernasib baik, tetapi mereka mendapat
bantuan yang memadai daripada kerajaan. Selain itu, sistem keadilan kami bagus.
Para penjenayah mendapat balasan yang setimpal," katanya seperti
berpromosi.
Tetapi buat
apa pula beliau berbohong? Mungkin beliau bukannya menyombong tetapi hanya mengatakan
apa yang benar berlaku di kanada. Aku mengangguk-angguk sambil menatap jam
gadang dan angklung yang bersanding di atas pendiangan. Bila ya, negaraku yang
katanya mempunyai masyarakat yang ramah tamah dan berbudi bahasa itu mampu
bebas jenayah? Bila ya, semua orang dapat berasa aman dan tenteram dalam
ertikata yang sebenar, baik daripada segi fizikal mahupun spiritual? Seperti
yang dijadikan slogan: mencipta Indonesia yang adil dan makmur. Gemah ripah loh jinawi.
aku teringat buku yang ditulis oleh Thomas More pada tahon 1516, berjudul utopia. Buku fiksyen yang mungkin
diinspirasikan oleh buku The Republic
karangan Plato ini bercerita mengenai sistem pemerintahan sebuah pulau rekaan
di lautan atlantik yang sangat ideal. begitu idealnya sehinggakan penduduk
pulau ini tidak mempunyai sebarang kesusahan mahupun penderitaan. Mereka semua
benar-benar merasakan keadilan dan kemakmuran. Rakyat tidak perlu mengunci
pintu rumah mereka kerana semua orang memiliki keperluan hidup yang mencukupi.
semuanya begitu sempurna. Setiap penjenayah dijatuhkan hukuman yang berat
sehingga tidak ada lagi yang berani melanggar undang-undang.
Aku teringat
kembali pelajaran sejarah ustaz surur di pondok madani dahulu. pada abad ke – 8
masihi, pada zaman khalifah bani Umayyah, masyarakat Islam berada dalam keadaan
makmur yang ideal. Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang baru diangkat menjadi
khalifah menangis sebab besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Khalifah Umar
terkenal sebab semua harta miliknya dan keluarganya diserahkan kepada negara
dan dia hidup secara sederhana, jujur dan giat membanteras rasuah. pada masa itu,
para petugas zakat sampai putus asa mencari orang miskin hendak diberikan
zakat. tidak ada pengemis di jalanan.
penjara
menjadi lengang. semua orang sudah cukup keperluan dan taat mematuhi
undang-undang. ketika semua orang sudah berkemampuan dan tidak ada lagi yang
berhak menjadi penerima zakat, itulah satu definisi negeri yang adil dan
makmor.dahulu aku pernah berfikir tidak mungkin ada negara di alam nyata ini yang
mampu menjelma menjadi utopia, negeri impian itu. ternyata pada zaman khalifah
umar pernah ada. bahkan sekarang, di tempat aku berada, di kota kecil
saint-raymond ini aku menemui sepotong utopia. masharakatnya hidop selayaknya,
orang yang kurang mampu dibantu, warga tua diberik kemudahan yang bagus, nyaris
tidak ada unsor jenayah sehinggakan mereka berasa tidak perlu mengunci pintu
rumah lagi.
324, 325,
326, RANAH 3 WARNA
Ulasan
Catat Ulasan