Langkau ke kandungan utama

Isabella; Suatu Perdebatan Mencari Cinta Allah

Tajuk Buku: Isabella
Penulis: Maulana Muhammad Saeed (terjemahan ke Bahasa Melayu oleh SN Abdullah Hussein)
Pengulas: Mohd Hasnul bin Mohd Sani

Kisah perdebatan agama sentiasa mendapat perhatian semua penganut agama kerana semua penganut agama mempercayai agama yang mereka pegang adalah yang paling benar, paling betul dan paling sempurna. Malahan sebagai umat Islam kita juga digalakkan berdebat dengan penganut agama lain untuk membuktikan kebenaran agama Islam. Ayat yang menyeru kepada usaha dakwah ini ada terkandung dalam surah An Nahl ayat 125 yang bermaksud “Serulah (manusia)ke jalan (agama)Tuhanmu, dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang  baik dan berhujahlah dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Seseunguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

Buku ini mengisahkan mengenai Isabella, seorang gadis cantik iaitu anak kepada Ketua Paderi di Cordova. Sebagai anak kepada ketua paderi, Isabella telah diajar sejak dari kecil dengan ilmu Kristian oleh bapanya dan oleh guru-gurunya. Sebagai penganut yang taat, Isabella jarang mempersoalkan ajaran-ajaran asas Kristian kerana telah diasuh sejak kecil jangan terlalu mempersoalkan ajaran dan jadilah penganut yang taat. Jadi Isabella menjadi penganut Kristian yang taat dan jarang mempersoalkan secara terbuka mengenai agama yang dianutinya walaupun kekadang hatinya meronta mahu bertanya mengenai sesuatu ajaran yang dilihatnya menyimpang tetapi  kerana takut digelar sebagai murtad dia hanya mengikut sahaja agamnya tanpa banyak soal

Suatu hari, Isabella secara tidak sengaja terdengar perbualan antara Umar Lahmi dan Muaz yang sedang memperkatakan mengenai ajaran Kristian yang dilihatnya mereka bercanggah di antara satu sama lain. Isabella yang tercabar dengan kritikan Umar Lahmi mencadangkan agar Umar Lahmi berdebat dengan paderi di Cordova untuk membuktikan yang agama Kristian adalah agama yang benar.

Umar Lahmi pula adalah seorang pemuda Muslim dan anak murid kepada Zaid bin Umar, seorang tokoh besar Isalam di Cordova. Walaupun sekadar anak murid kepada ulama’ besar tetapi Umar Lahmi dapat mengalahkan ramai paderi besar dengan debatnya. Islam yang dibawa oleh Umar Lahmi adalah bersesuaian dengan ayat Al-Quran An Nahl ayat 125.

Dengan kebijaksanaan Umar Lahmi, beliau telah menarik hati Isabella untuk memeluk Islam. Dalam diam, Isabella mula mendalami Islam dan berjumpa dengan Zaid bin Umar untuk melafazkan keIslamannya. Bapa Isabella dapat menghidu yang Isabella telah semakin mendekati Islam telah bertindak mengurung Isabella di dalam gereja bertujuan untuk mengembalikan Isabella ke agama Kristian kembali. Isabella yang telah menemui Islam kekal dengan keimanannya dan tidak berganjak langsung dari agama barunya dan akhirnya menjadi salah seorang nama hebat dalam Islam.

Yang penting bukannya mengenai agama mana yang benar atau salah kerana Agama Islam memang agama yang benar. Tetapi yang mengecewakan adalah sifat penguasa agama Kristian ini sudah menular ke dalam Agama Islam. Jika didalam buku ini digambarkan paderi-paderi besar Kristian adalah satu golongan yang tidak boleh disanggah kata-katanya. Jika disanggah murtadlah jawapan. Jika mengetahui yang mereka hampir kalah debat, kekasaranlah balasannya.


Umat Islam pada masa kini, ilmu agama Islam hanyalah dipelajari pada luarannya. Kita sibuk bertanyakan pada ustaz samaada kentut semasa sebelum salam kali ke dua akan membatalkan solat atau tidak, cara mandi wajib yang betul, samaada memegang anjing apakah hukumnnya dan berbagai-bagai soalan yang kadang – kadang hanyalah soalan yang berbentuk lucuan semata. Jarang kita bertanya cara hendak menyucikan hati kita yang setiap hari akan terbentuknya titik-titik hitam apabila kita melakukan dosa, cara menimbulkan khusyuk dan takut kepada Allah semasa melakukan solat. Kita hanya bertaklid buta dengan agama dan melaksanakan ibadat kerana ikut-ikutan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...