Langkau ke kandungan utama

Jalan Yang Lurus - Konsep Kehidupan Dalam Islam



oleh Hamka Mohamad
Demikianlah hidup dalam Islam itu suatu ‘perjuangan dijalan Allah SWT’. ‘Menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan’ untuk mewujudkan sebuah dunia yang kian meningkat dari segi moral

Itu antara pesan yang dilontarkan oleh Kassim Ahmad, nama yang tidak asing lagi dalam penulis yang ada dalam negara ini. Agak berat juga buat aku untuk menelaah setiap helaian muka surat yang terkandung dalam bukunya ‘ Jalan Yang Lurus ‘ lantaran betapa tebalnya Pak Kassim menulis. Aku mengambil bahagian yang berjudul ‘Konsep Kehidupan Dalam Islam’ yang berada pada muka surat 203 untuk sama-sama membedah sedikit hasil pandangan serta pendapatnya mengenai agama Islam, khususnya buat pembaca di negara ini, Malaysia.

Kassim Ahmad atau Pak Kassim merupakan seorang penulis yang agak kontroversi sedikit dalam negara ini, lantaran tulisannya Hadis : Satu Penilaian Semula, hebat dikiritik oleh golongan yang tidak faham apa maksud sebenar yang cuba beliau ingin sampaikan. Maka dalam buku Jalan Yang Lurus ini, aku cuba untuk memahami apa yang cuba diketengahkan oleh beliau ketika berada dalam jiwa sang pemberontak dalam arus era permodenan zaman ini. Oleh itu, dalam topik Konsep Kehidupan Dalam Islam, beliau ingin cuba menyampaikan bahawa agama Islam merupakan agama yang sangat lengkap dalam menjalani kehidupan di dunia ini, seterusnya percaya bahawa kehidupan di akhirat jauh lebih baik.

Dalam topik ini, Pak Kassim cuba untuk membahagikan kehidupan ini dalam tiga aspek utama yang merangkumi falsafah iaitu aspek materialisme, anti-materialisme dan Islam. 

Beliau menerangkan bahawa setiap aspek materialisme dan anti-materialisme harus ditolak oleh Islam kerana agama Islam mengajar umatnya untuk memahami makna yang tercatat dalam Al Quran ‘Tuhan kami ! Berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindunglah kami dari api neraka’ (Al Quran 2:201) seterusnya ‘carilah kediaman akhirat dengan apa yang telah Tuhan beri kepada kamu, tanpa mengabaikan bahagian kamu di dunia. Buatlah kebaikan, sepertimana Tuhan telah berbuat baik kepada kamu dan jangan cari kerosakan dunia. Tuhan tidak suka kepada para perosak’ (Al Quran 28 : 77). Ini sangat diyakini oleh beliau apabila dengan rujukan sebegitu, jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menolak kehidupan di dunia( seperti golongan yang mengamalkan kehidupan anti-materialisme) mahupun kehidupan di akhirat (seperti golongan material). Pak Kassim sangat terperinci dalam merujuk Al Quran sebagai sumber yang utama dalam menilai aspek kehidupan dunia ini, mahupun akhirat. 

Maka dengan itu, aku merasakan bahawa tulisan Pak Kassim tidaklah hanya menggunakan akal semata, namun ia juga berlandaskan sumber rujukan yang paling sahih, yakni Al Quran.

Persoalan yang perlu untuk kita jawab adalah, apakah tujuan hidup kita (manusia) setelah diciptakan oleh-Nya? Maka bagi golongan yang mengamalkan aspek materialisme, mereka akan menganggap bahawa kehidupan di dunia adalah yang abadi dan tidak percaya akan kehidupan di akhirat, manakala golongan yang mengamalkan anti-materialisme pula akan menganggap bahawa kehidupan di dunia merupakan satu kecanduan, kesengsaraan, penderitaan dan lebih gemar untuk mengejar kehidupan di akhirat. Maka dengan itu, Pak Kassim cuba untuk menyakinkan kita bahawa kehidupan yang dianjurkan oleh Islam adalah jalan pertengahan di antara materialis dan anti-materialis. Jalan Islam merupakan jalan yang lurus (siratul mustaqim) yang meraikan pendamaian dalam setiap tuntutan individu, masyarakat dan segala mahkluk roh yang ada dalam alam ini.

Tuhan tidak menjadikan dunia ini satu kesia-siaan. Umat Islam khususnya yang ada di negara ini kurang faham dan jelas tentang makna dan pergertian konsep kesepaduan dan kesatuan dalam kehidupan. Ramai antara mereka yang mahir dalam berhujah soal agama, menulis soal hukum dan sebagainya, tetapi tidak mahu untuk mempraktikkan apa yang telah dilakukan dalam hujah dan tulisan mereka. Juga, ada yang mahir dalam mempraktikkan amalan agama, namun tidak mahu mengembangkan ia dalam bidang keduniaan seperti ekonomi, perubatan dan politik. Masih lagi ada antara pemimpin kita khususnya, terlalu ikut dengan sistem Barat (luar) dengan mengenepikan konsep Islam dalam negara ini. Jadi, tidak hairanlah jika aku katakan (mahupun semua) untuk tidak menganggap bahawa negara Malaysia ini bukanlah negara Islam, malahan juga tidak mengamalkan konsep dan amalan Islam itu dalam sistem pentadbiran negara.

Kata Kassim Ahmad lagi bahawa kelemahan umat Islam yang paling ketara ialah mereka tidak tahu untuk bersatu, kerana terlalu taksub dengan fahaman masing-masing. Perkara ini terjadi dalam negara kita apabila puak Sunni dan Syi'ah sering menjadi permusuhan antara satu sama lain, dan lupa tentang hakikat kewujudan agama Islam itu sebagai sebuah agama pendamaian. Mereka juga lupa bahawa Islam adalah merupakan jalan yang lurus, iaitu jalan kesepaduan dalam membangunkan tamadun yang hebat dalam kehidupan dunia ini. Islam adalah agama yang benar, dan sahih untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah diciptakan oleh Tuhan dengan sebaik-baik umat di sisi-Nya. Cinta dan pendamaian akan memberi kita semua satu sifat kemanusiaan yang tidak perlu lagi untuk menggunakan kekerasan dalam bertindak, malah cinta dan pendamaian akan mewujudkan manusia yang meraikan pelbagai fahaman dan pendapat dalam kehidupan.

Aku akhiri dengan kata persoalan yang dilontarkan oleh Pak Kassim di akhir tulisan , untuk kita sama-sama berfikir sejenak,

‘Mengapakah kita tidak mengutamakan pegangan tauhid beriman kepada Tuhan Yang Esa serta membenarkan perbezaan pendapat tentang kaedah dan cara?’

Kassim Ahmad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...