Langkau ke kandungan utama

'Panduan Ringkas Tentang Trotsky'


PANDUAN ini sebenarnya adalah terlalu ringkas untuk mengenal sosok seagam Trotsky. Dan karya tentang Trotsky dalam bahasa Melayu Malaysia pun boleh dikatakan tidak ada. Entah kenapa orang - orang kiri di Malaysia segan nak menulis tentang sosok ini, sama ada dari yang membenci Trotsky (Stalinist) atau yang mencintai Trotsky (Trots). Mungkin mereka terlalu sibuk di jalan, dan lebih suka menulis memoir mereka yang lebih canggih dari karya dan pengalaman Trotsky, mungkin juga Trotsky itu seorang Jew. Mungkin juga orang - orang kiri di Malaysia sangat sibuk sekali jika mahu dibandingkan dengan Trotsky, yang tidak banyak kerja seperti activist - activist kiri (leftist) di Malaysia, atau mungkin mereka tidak pandai berbahasa Inggeris, atau Inggeris mereka Inggeris yang broken, menyebabkan mereka malu untuk menterjemah karya Trotsky

Ketika berumur 21 tahun, Leon Trotsky (bukan nama sebenar) menulis, sebuah quotenya yang mahal, 

'selagi saya bernafas, saya akan berjuang demi masa depan.'
Pada masa itu dia baru sahaja dibuang negeri ke Siberia.

Menurut Trotsky, Serikat Buruh adalah organisasi kaum proletar yang paling murni, paling tidak ternoda, kaum proletar yang dengan titik peluh keringatnyalah yang telah membangun kekayaan Moscow. Dan Serikat Buruh inilah yang menyatukan bunga - bunga kelas pekerja - tenaga penggerak utama dari ekonomi.

Seorang Trotsky ini, sangat consistent pada kekuatan kaum buruh. Bagi Trotsky, kaum Komunis tidak akan memecah Serikat Buruh sedikitpun; sebaliknya kaum Komunis siap bila pun untuk membangun kembali persatuan Serikat Buruh. Kaum Komunis, menurut Trotsky, belum pernah, bila pun, di mana pun, memulakan perpecahan Serikat Buruh kerana menolak secara prinsip untuk bekerja dengan kaum Reformis di dalam organisasi massa kaum buruh.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...