Langkau ke kandungan utama

Al - Hallaj, seorang sufi yang syahid




Syariati pernah mengatakan, bahawa betapa gobloknya orang - orang Islam hari ini. Bercakap tentang Islam, tentang Nabi, tentang Rasul, tentang Keluarga Nabi, tentang Ali, tentang Fatimah, tetapi berapa banyak bahan atau karya yang telah membicarakan tentang semua yang fundamental ini? 





Dan Louis Massignon adalah seorang orientalist yang jujur, yang rajin membincangkan tentang Timur dan Islam dengan lebih baik. Dia percaya, dialog adalah sangat penting dan utama, dia pernah berbicara dengan Syari'ati, yang kemudiannya menjadi seorang pemikir Muslim modern yang begitu berpengaruh di Iran. Syari'ati sangat menghormati dan mengagumi Massignon sebagai guru dan sarjana. 



Al - Hallaj: Sang Sufi Syahid ini adalah merupakan ringkasan dari 4 jilid The Passion of Hallaj, sebuah kajian monumental terhadap kehidupan dan ajaran Husayn Mansur Al - Hallaj, sufi legendaris dari abad ke - 10 yang mati di tiang gantungan. Massignon, sebagai seorang ahli studi Islam terbesar abad ini dari Perancis, yang juga menyelia sosok 'Kiri Islam' iaitu Hassan Hanafi, menulis karya ini yang dikatakan merupakan kajian terbaik mengenai Sufi yang terkenal dengan quote, 'Ana Al - Haq', yang membuat Hallaj dianggap sebagai tokoh sesat dan terkutuk, tetapi ramai juga yang menganggap Hallaj sebagai Sufi Syahid yang akan selalu dikenang sepanjang zaman.





Kata Huston Smith tentang karya ini, 'karya ini adalah satu karya academic terbaik abad ke - 20, buku ini telah menjadi model utama bagi Barat untuk memahami budaya asing, bukan dengan cara menguasai atau mereduksinya...,' 'Massignon.., kata Huston lagi, 'terobsesi oleh sosok Hallaj sejak usia 25 tahun dan menghabiskan waktu 47 tahun kariernya sebagai Islamolog di College France untuk mengkajinya.'



sumber

http://en.wikipedia.org/wiki/Louis_Massignon
http://musyawarahbuku.wordpress.com/2008/01/26/hassan-hanafi-seorang-fundamentalis/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...