Langkau ke kandungan utama

'Negeri Para Keparat'



Judul Buku                  : Negeri Para Bedebah
Penulis                         : Tere Liye
Penerbit                       : PT. Gramedia Pustaka Utama
Cetakan                       : Pertama, tahun 2012
Tebal                           : 433 halaman


'Negeri Para Bedebah' ini, bukanlah sebuah cerita yang ingin mengisahkan apa yang terpampang di covernya. Mungkin ada maksud di sebalik cover itu untuk mengisahkan apa yang berlaku di dalam novel Tere tersebut. Tetapi ini adalah cerita yang berlatarkan real, bukan fiction, walaupun bukan kisah benar, tetapi situasi, keadaan dan zaman hampir semuanya adalah real, dan menggunakan watak manusia yang hidup, bukan watak fiction seperti Pinocchio.

Novel ini berkisar tentang seorang konsultan kewangan antarabangsa yang sering diminta menyelesaikan masalah - masalah kewangan, bernama Thomas yang mempunyai suatu pengalaman silam yang melukakan.

Bisnes keluarganya, dari datuknya yang berhijrah dari Tanah Besar China menaiki kapal, ke Indonesia, yang diwariskan ke ayah dan pakciknya telah disabotaj musuh dalam selimut. Polis yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melindungi rakyat, sebaliknya mempunyai ambisi untuk hidup kaya raya, dan merekalah yang menjadi antagonist atau syaitan dalam novel ini, yang mahu menghabiskan riwayat keluarga bisnes ini.

Di permulaan novel ini, kita boleh membaca sedikit sebanyak pengetahuan Tere tentang ekonomi, yang ditampilkan pada watak Thomas. 



Thomas dalam permulaan cerita, ketika ditemubual oleh Julia, dalam kapal terbang untuk pulang ke Indonesia, (untuk pertarungan, yang baunya seperti filem Fight Club) mengatakan, 

 "Aku konsultan keuangan profesional, aku tidak peduli dengan kemiskinan. Yang aku cemaskan justru sebaliknya, kekayaan, ketika dunia dikuasai segelintir orang, nol koma dua persen orang-orang yang terlalu kaya. Ketika satu kota dipenuhi orang miskin, kejahatan yang terjadi hanya level rendah, perampokan, mabuk-mabukan, atau tawuran. Kaum proletar seperti ini mudah diatasi, tidak sistematis dan jelas tidak memiliki visi-misi, tinggal digertak, beres. Bayangkan ketika kota dipenuhi orang yang terlalu kaya, dan terus rakus menelan sumber daya di sekitarnya. Mereka sistematis, bisa membayar siapa saja untuk menjadi kepanjangan tangan, tidak takut dengan apapun.”

Novel ini sebenarnya mahu menghentak persoalan korupsi (bahasa popular bagi corrupt atau rasuah, di Republik Indonesia) yang masih belum selesai - selesai sampai sekarang. Apa sahaja boleh disuap, perlu disuap, dan sesiapa yang tidak makan suap, harus disuap dengan jumlah yang lebih besar. Ini tidak sahaja berlaku kepada antagonist, bahkan Thomas juga tidak segan silu untuk menyuap sesiapa sahaja, asal dia bisa bolos.

rujukan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...