Langkau ke kandungan utama

Mahatma Gandhi - Semua Manusia Bersaudara

 


Oleh: Amirrul Zaki

All Men Are Brothers

Pengetahuan ilahi tidak dipinjam dari buku-buku, melainkan direalisasi dalam diri kita. Buku memang merupakan suatu bantuan, tetapi seringkali merupakan hambatan 

 – Mahatma Gandhi

Buku ini berkisahkan kehidupan Mahatma Gandhi serta pandangannya tentang kehidupan secara menyeluruh. Banyak hal yang diutarakan oleh Gandhi antara lain tentang Agama dan Kebenaran, cara dan tujuan, bagaimana mengendalikan diri, apa itu perdamaian dunia, beza manusia dengan mesin, bahawa kemiskinan ada di tengah-tengah kelimpahan, demokrasi dan rakyat, pendidikan, kaum wanita serta serba-serbi pandangan Mahatma Gandhi lainnya.

Penekanan dan ajaran Mahatma Gandhi antaranya:

1) Satyagraha

Satya bermaksud “Kebenaran”. Secara harfiyah Satyagraha bererti suatu pencarian kebenaran dengan tidak mengenal lelah. Berpegang teguh pada kebenaran, ertinya Satyagraha merupakan jalan hidup seorang yang berpegang teguh terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan mengabdikan seluruh hidupnya pada Tuhan Yang Maha Esa. Prinsip Satyagraha juga bererti kepercayaan bahawa jiwa dapat memberikan pertolongan, sejauh jiwa itu senantiasa berada dalam pencariannya terhadap Tuhan melalui kebenaran dan hanya kebenaran.

 

2) Swadesi

Swadesi pula bermaksud cinta tanah air dan bagaimana abdi diri pada masyarakat serta lingkungan. Mahatma Gandhi memberi urutan Swadesi iaitu 1. Pengabdian diri pada keluarga 2. Pengorbanan keluarga untuk desa 3. Desa untuk keluarga dan negara untuk manusia.  Perlaksanaan Swadesi ini antaranya seperti membeli barangan buatan negara dan buatan produk dalam negara sahaja.

 

3) Hartal

Hartal bermaksud mogok di mana kedai-kedai ditutup sebagai protes politik dan para pekerja melakukan pemogokan secara ramai. Hartal adalah perlawanan terhadap penjajahan Inggeris selama 28 tahun di India. Kegiatan mogok ini bukan hanya kedai-kedai tutup, tetapi orang ramai melakukan kegiatan keagamaan seperti berpuasa dan selainnya.

 



4) Ahimsa

Ajaran ini berasal dari kata himsa (kekerasan). Sesuai dengan asal katanya, ajaran ini menyerukan kepada seluruh umat manusia untuk menjunjung tinggi semangat nir-kekerasan (non-violence) dalam setiap laku kehidupannya. Pengertian lain secara harfiah, ahimsa memiliki makna tidak menyerang, tidak melukai atau tidak membunuh. Ajaran ini sebenarnya merupakan ajaran klasik dari agama Hindu yang mengajarkan prinsip-prinsip etis dalam kehidupan. Secara harfiah, ahimsa bererti “tidak menyakiti”, tetapi menurut Gandhi, pengertian seperti itu belum cukup. Menurutnya ahimsa bererti menolak keinginan untuk membunuh dan tidak membahayakan jiwa, tidak menyakiti hati, tidak membenci, tidak membuat marah, tidak mencari keuntungan diri sendiri dengan memperalatkan serta mengorbankan orang lain.

“Saya percaya bahawa semua agama besar di dunia ini sedikit banyak benar. Saya mengatakan “sedikit banyak” kerana saya percaya bahawa segala sesuatu yang telah disentuh oleh tangan manusia kerana fakta bahawa manusia adalah makhluk yang tidak sempurna lalu menjadi tidak sempurna. Sempurna sesungguhnya memang suatu sifat khusus yang dimiliki hanya oleh Tuhan dan keadaan itu tidak dapat dilukiskan dan tidak dapat diterjemahkan. Saya percaya betul bahawa setiap manusia dapat berusaha menjadi sempurna. Kita semua perlu mengejar kesempurnaan, tetapi apabila keadaan itu tercapai, lalu tidak dapat dilukiskan atau diceritakan. Oleh sebab itu, dengan segala kerendahan hati, saya harus mengakui bahawa Kitab-kitab Veda, Qur’an atau Injil pun, semua merupakan Sabda Tuhan yang tidak sempurna dan kerana kita adalah makhluk tidak sempurna yang selalu diombang-ambingkan oleh hawa nafsu yang demikian banyak, maka tidak mungkin kita dapat memahami sabda Tuhan ini dengan sepenuhnya.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...