Langkau ke kandungan utama

[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito

 



[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito

Oleh: Iltizam Iman

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan sebuah buku yang dibeli dari luar negara oleh seorang warga tempatan. Syed Ahmad Fathi,  membeli buku yang bertajuk "Who Speaks for Islam?"  yang ditulis oleh John L. Esposito dan Dalia Mogahed dari Bookfinder, yang berpusat di Amerika Syarikat.


 


(Syed Ahmad Fathi, gambar dari Facebook beliau)


Syed Ahmad Fathi, seorang penulis dan juga penggemar buku, berkongsi di laman media sosialnya bahawa beliau sangat terkejut dengan penahanan buku yang dibelinya itu.

 

Menurut surat penahanan yang bertarikh 24 April 2021, buku tersebut ditahan di bawah Seksyen 9A, 17 dan 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) kerana disyaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan perintah larangan di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984.

 

"Saya kira buku ini (sifatnya) akedemik, jadi tak pasti kenapa ditahan..." tulis beliau di laman facebooknya.

 

Akibat diselubungi rasa tidak faham, beliau cuba beberapa kali menelefon pihak KDN, tetapi pegawai bertanggungjawab sentiasa tiada di pejabat atas alasan urusan luar.

 

Apabila dihubungi untuk kali ketiga, pada 6 Mei, pegawai bertanggungjawab masih belum sampai ke pejabat.

 

Kali keempat, barulah Syed Ahmad Fathi dapat bercakap dengan pegawai bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

 

Pegawai tersebut, dikenali sebagai En. Nazaruddin bin Said, memberitahu kepada sdr. Fathi bahawa buku tersebut belum ada dalam senarai kajian mereka.

 

Menurut En. Nazaruddin, buku tersebut akan dihantar pada Unit Kajian untuk semakan dan maklum balas akan diberikan melalui surat dalam masa 45 hari bekerja.

 

Beliau menjelaskan lebih lanjut, setiap buku yang masuk ke Malaysia akan diperiksa terlebih dahulu supaya bertepatan dengan moral dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

 

Apabila Sdr. Fathi menanyakan kenapakah buku yang bersifat kajian akedemik masih ditahan, En. Nazaruddin memberitahu kerana terdapat nama 'Islam' pada tajuk buku tersebut, jadi ia perlu dikaji terlebih dahulu.

 

Buku "Who Speaks for Islam" ini telah ada di pasaran semenjak 2007. Tulisan dan syarahan Esposito juga boleh ditemukan banyak di laman sesawang.

 

Sdr. Fathi juga mengatakan bahawa buku tersebut sudah lama dibacanya, juga pernah menemuinya di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, JB.


 

(John L. Esposito, sumber https://berkleycenter.georgetown.edu/people/john-esposito)


Selain buku "Who Speaks for Islam?", juga terdapat 9 buah buku lain tulisan John L. Esposito yang boleh ditemukan di perpustakaan berkenaan. Semakan boleh dilakukan di link di bawah,

 

https://opac.utm.my/cgi-bin/koha/opac-search.pl?q=John+L+Esposito&branch_group_limit=branch%3APSZJBL&idx=


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...