Langkau ke kandungan utama

Revolusi Intelektual: Satu Kritikan Ringan



Oleh: Khairul Idzwan

Penulisannya agak santai walaupun tajuknya kelihatan berat. Aku tertarik dengan isu-isu sosial, geopolitik, perundangan dan agama yang diketengahkan. Ia jelas kepakaran penulis dalam menganalisis isu-isu semasa.

Walau bagaimanapun, aku agak sedikit kecewa dengan buku ini. Tajuk bukunya cukup bercita-cita tinggi kerana menggabungkan dua terma yang besar maksudnya. Namun, terma intelektual tidak dikupas definisi dan ciri-cirinya sebaliknya penulis hanya memberikan maksud daripada Kamus Dewan di beberapa muka surat terakhir. Bagi aku, analisis terhadap definisi intelektual itu cukup penting kerana daripada situ barulah kandungan buku dapat dikembangkan dengan lebih baik. Untuk terma revolusi pula, seingat aku penulis langsung tidak membuat sebarang definisi dan analisis.

Selain itu, penulis juga tidak menyediakan senarai rujukan bibliografi untuk segala penulisan beliau yang memiliki fakta dan dakwaan tertentu. Pada aku, sebagai sebuah buku bukan fiksyen, ini amat-amat penting. Kalau buku novel, mungkin tiada masalah.

Ketiganya, dan pada aku yang paling serius adalah, ada beberapa perenggan yang diulang tulis secara 100 peratus dan hampir 100 peratus sama pada dua muka surat yang berbeza dalam buku ini. Ia bagaikan fenomena "copy and paste" dalam buku yang sama. Aku sudah memberitahu kepada penerbit buku, IlhamBooks dan mereka menyatakan bahawa hal ini disebabkan kesilapan teknikal percetakan lalu memohon maaf kepadaku.

Aku tiada masalah jika benar ini adalah masalah percetakan. Cuma, aku berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi di masa akan datang. Aku amat memahami kalau kesilapan ejaan berlaku di mana-mana. Ini adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana buku. Malah, buku yang berkualiti dan hebat sekalipun belum terjamin akan bebas kesilapan ejaan. Namun, pengulangan perenggan secara hampir 100 peratus sebegini adalah pengalaman pertama aku dalam membaca buku dan amat-amat perlu untuk dielakkan.

Secara keseluruhannya, buku ini sedap untuk dibaca jika tiada kesilapan-kesilapan trivia sebegini. Ulasan penulis tentang isu-isu perundangan pula aku bagi A kerana beliau sememangnya ahli dalam bidang tersebut.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...