Langkau ke kandungan utama

Keasyikan Membaca Buku "Simposium Tasawuf & Tarikat" Karangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy




Oleh: Muhammad Syameil

Dalam keasyikan membaca buku “Simposium Tasawuf & Tarikat” tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, saya terjumpa matan yang menarik perhatian saya.

Dr. Burhanuddin dalam syarahannya mengatakan bahawa perkembangan Islam besar sekali dilakukan oleh ahli sufi mengalihkan dan mencabut umbi-umbi agama Hindu dan Buddha. Teks tersebut juga mengingatkan saya kepada buku “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” tukilan Prof. Naquib dulu. Beliau mengutarakan pandangan bahawa agama Hindu dan Buddha tidaklah bertapak kukuh di Alam Melayu, sebaliknya menjadi agama para autoriti.

Asumsi ini pada saya mempunyai kebenarannya juga. Saya tidak melihat bahawa agama Hindu dan Buddha telah berakar umbi di dalam masyarakat nusantara, agama Hindu misalnya. Unsur-unsur Hindu lebih menonjol dalam aspek budaya dan linguistic berbanding pengalaman agama Hindu itu sendiri.

Saya mengambil contoh pengislaman masyarakat Jawa oleh Wali Songo misalnya, Wali Songo tidak-lah menekan ritual-ritual Islam pada awalnya, sebaliknya mewujudkan proses Islamisasi budaya Hindu nusantara. Amalan-amalan seperti bersanding, tahlil dan sebagainya adalah antara adat atau budaya “Hinduisme” yang telah disesuaikan dengan syara’.

Jika agama Hindu dan Buddha bertapak begitu kukuh di nusantara, maka amat-lah mustahil bagi agama yang asing (Islam) untuk bertapak di kepulauan ini.

Bukti lain pula bagi agama Hindu dan Buddha tidak bertapak kukuh di nusantara ialah, agama Hindu dan Buddha sekadar anutan para autoriti (pemerintah).

Dan para pemerintah menjadikan agama sebagai alat untuk menggambarkan kebesaran kaum-kaum pemerintah.

Misalnya dengan menambah nama-nama dan gelaran kepada para pemerintah untuk memberikan gambaran kepada rakyat bahawa kaum pemerintah ini wakil tuhan umpamanya.

Apabila Islam datang dan tidak menggugat kuasa para pemerintah, maka tidak ada keberatan bagi para pemerintah untuk kembalik kepada fitrah agama Islam. Ini seterusnya diikuti oleh para pembesar dan rakyat. Seperti yang berlaku ketika mana sultan pertama memeluk Islam di Semenanjung Tanah Melayu, Sultan Muzaffar Shah 1.

Sekarang, Islam telah bertapak kukuh di dalam jasad dan ruh masyarakat nusantara. Sedikit sebagai budaya-budaya Hindu terutamanya dapat dikurangkan. Namun begitu masih terdapat beberapa budaya Hindu yang masih diamalkan di nusantara ini dan telah disesuaikan dengan syara’.

Pada masa yang sama juga, unsur-unsur Arabisasi mencelah masuk dalam budaya nusantara, kesan kemasukan Islam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...