Pengulas: Hasnul Sani Tak akan Melayu Hilang Di Dunia-Hang Tuah Pendahuluan Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Hang Tuah. Lagendanya mahsyur sejak kita kecil sehinggalah dewasa. Di persidangan yang membela hak Melayu, kata-kata keramat Hang Tuah sering disebut dengan jeritan penuh bersemangat. Baru-baru ini timbul kembali polemik mengenai samada Hang Tuah merupakan watak mitos atau adalah watak pahlawan yang benar-benar wujud. Dengan timbulnya polemik mengenai kewujudan Hang Tuah, saya tertanya apakah faedah yang akan timbul dari isu ini. Isu ini lebih banyak membuka sisi buruk yang terdapat dalam diri Hang Tuah dan membuatkan kita untuk bertanya samaada layakkah Hang Tuah untuk di gelar sebagai pahlawan agung Melaka, Melayu dan Islam? Hikayat Hang Tuah adalah satu catatan sastera mengenai kehidupan dan keagungan laksamana Melaka tersebut. Kassim Ahmad dalam pengenalan Hikayat Hang Tuah terbitan Dewan Bahasa Pustaka pada tahun 1965 menyatakan bahawa Hikayat ini b...
'melawan dengan buku!'