Penulis: Pierre Joseph Proudhon
Terbitan: Open source
Buku Proudhon ni boleh di download dalam bentuk *.pdf di libcom.org, anarchy archieves dan jugak anarchy library. Memang aku ade sikit rasa payah lah baca buku ini seperti jugak mana-mana buku anarchist klasik yang menggunakan bahasa Inggeris klasik.
Property yang dimaksudkan oleh Proudhon di sini bukanlah seperti yang golongan neo-classical economy dan liberal faham. Bukan yang seperti kita diajar. Ia adalah pandangan Proudhon sebagai seorang mutual anarchist. Dan ia lebih kepada kritikan ke atas sistem kapitalis yang hanya memberi faedah atau hasil pertanian kepada tuan punya tanah dan bukannya hanya pada pekerja.
Buku ni memang penuh dengan kritikan keras beliau ke atas pemilikan property berdasarkan dua konsep:
Ketidak adilan pemilik property dan membawa kepada penindasan orang lain semata-mata mahu keuntungan yang berasaskan greed dan profit semata-mata. Dia berulang-ulang kali mengatakan “Property is theft”.
Mewujudkan hubungan sosial berauthoriti yang menindas
Ketidak adilan pemilik property dan membawa kepada penindasan orang lain semata-mata mahu keuntungan yang berasaskan greed dan profit semata-mata. Dia berulang-ulang kali mengatakan “Property is theft”.
Mewujudkan hubungan sosial berauthoriti yang menindas
Property is Theft
Idea property ini sebenarnya telah diamalkan sebelum era imperialisma di tempat kita iaitu berdasarkan konsep, siapa yang membuka tanah, dialah tuan punya tanah. Dan orang itu mestilah duduk di situ. Bukannya pemilikan tanah di tempat yang dia tidak kenal atas dasar “membeli” tanah dengan menggunakan matawang. Tapi itu dahulu.
Idea property ini sebenarnya telah diamalkan sebelum era imperialisma di tempat kita iaitu berdasarkan konsep, siapa yang membuka tanah, dialah tuan punya tanah. Dan orang itu mestilah duduk di situ. Bukannya pemilikan tanah di tempat yang dia tidak kenal atas dasar “membeli” tanah dengan menggunakan matawang. Tapi itu dahulu.
Sekarang ini, seperti diamalkan oleh pemerintah kapitalis dan orang kaya, tanah dibuka oleh orang miskin untuk pertanian (kini termasuk jugalah perumahan), kononnya di atas tanah kerajaan, diambil alih oleh orang kaya yang tidak pernah tahu apa-apa mengenai tanah di kawasan itu, atas nama undang-undang yang dibuat oleh pemerintah kapitalis tanpa menggunakan matawang, (anugerah daripada kerajaan), dan akhirnya orang miskin di halau.
Bagi beliau kalau kemilikan property itu sesuatu yang menjamin kemerdekaan seseorang (liberty), membawa kepentingan ke atas seseorang, ia sepatutnya adil untuk semua orang. Bukan hanya kepada pemilik sahaja. Sampai sekarang, kritikan beliau terbukti benar di mana golongan yang mempertahankan idea property akan selalu ade conflict dengan kepentingan diri sendiri dan juga principle, hipokrasi dan logik.
Beliau juga membezakan property dan kemilikan (di dalam konteks producing hasil pertanian).
Property bagi beliau adalah eksploitasi dari seorang manusia ke atas manusia lain yang bersifat authoriti atau “tuan” dan berdasarkan hak untuk menggunakan tenaga buruh orang lain.
Kemilikan atau possession pula adalah orang yang menggunakan resource untuk mengawalnya, berdasarkan kerjasama antara pekerja atau artisan yang bekerja sendiri.
Perbezaan ini kerana ketidak adilan capitalism dan kontradiknya sistem ini antara pemilik dengan pekerja.
Ketidak adilan ini berdasarkan scientific socialism (sebelum di terangkan oleh Karl Marx lagi pun) dan surplus value:
“Whoever labours becomes a proprietor... And when I say proprietor, I do not mean simply (as do our hypocritical economists) proprietor of his allowance, his salary, his wages – I mean proprietor of the value he creates, and by which the master alone profits... The labourer retains, even after he has received his wages, a natural right in the thing he has produced”.
Penerangan: surplus value di dalam industri kelapa sawit. Seorang pekerja menghasilkan keuntungan berjuta-juta dan ia hanya dimiliki oleh tuan tanah kepada ladang kelapa sawit itu. Sedangkan usaha pekerja itu berdasarkan masa dan tenaga, jauh lebih tinggi dari yang dibayar. Pekerja juga perlu menghasilkan lebih daripada keperluannya untuk memuaskan hati tuan tanah. Pekerja juga telah menjual masa dan tenaganya kepada tuan punya tanah pada harga yang lebih rendah di atas tuntutan keperluan pekerjaan. Perbezaan antara untung dan masa dan tenaga ini yang dipanggil surplus value.
Bagi Proudhon, untuk mewujudkan free society, property tadi perlu diurus secara kuasa kolektif dan tidak dibahagi-bahagikan.
Jadi untuk mewujudkan masyarakat yang merdeka, kita perlu abolish property. “If the right of life is equal, the right of labour is equal and so is the right of occupancy”.
Semua dana yang terkumpul di dalam social property, tiada siapa yang jadi pemilik eksklusif tanah.
Ie. China telah mengamalkan konsep tiada pemilik eksklusif tanah.
Kaum pekerja mestilah menguruskan sendiri pengurusan yang dipilih di kalangan pekerja oleh pekerja sendiri. Konsep ini adalah hasil dari tenaga buruh oleh pekerja sendiri tanpa master di mana setiap hasilnya dikongsi bersama.
Konsep pemilikan tanah Proudhon ini tidak semestinya pada small scale kerana bagi beliau, sosial, common, ownership sebagai means of production (tanah tidak dinilai dan common thing); semua material dan mental hasil dari tenaga buruh secara kolektif menyebabkan property itu dinilai sebagai kolektif.
Berbeza dengan state communism yang memiliki ketua buruh untuk menguruskan dengan penuh banyak peraturan yang dimuktamadkan, idea Proudhon sama seperti Peter Kropotkin di dalam libertarian communism atau anarcho communism di dalam konteks mengsosialkan tanah dan means of production.
Beliau mewujudkan sintesis communism dan property, a union yang lebih merdeka dengan terma liberty sebagai third form selain capitalism dan state socialism.
Penindasan/Despotism
Proudhon berpendapat, property menceroboh kesamaan dengan hak eksklusif dan menambah lagi keuntungan melalui penindasan/despotism ke atas kemerdekaan. Anarki memilih untuk memiliki master, proprietor atau tuan punya tanah adalah sinonim dengan autonomi tuan punya tanah sendiri yang akan memperkenalkan undang-undang di atas tanahnya mengikut kehendaknya sendiri tanpa memikirkan hak-hak manusia lain dan tidak akan terjejas kemilikannya. Jadi freedom dan property adalah kontradik.
Proudhon berpendapat, property menceroboh kesamaan dengan hak eksklusif dan menambah lagi keuntungan melalui penindasan/despotism ke atas kemerdekaan. Anarki memilih untuk memiliki master, proprietor atau tuan punya tanah adalah sinonim dengan autonomi tuan punya tanah sendiri yang akan memperkenalkan undang-undang di atas tanahnya mengikut kehendaknya sendiri tanpa memikirkan hak-hak manusia lain dan tidak akan terjejas kemilikannya. Jadi freedom dan property adalah kontradik.
Penerangan: Kapitalisma telah mewujudkan sesuatu yang dilihat sebagai natural atau semulajadi bahawa tuan punya tanah berhak impose undang-undangnya sendiri di atas tanah yang dimiliki seperti mengaut keuntungan. Apa yang dirahsiakan adalah, tuan punya tanah tidak akan dapat mengaut keuntungan tanpa tenaga buruh. Hasil yang sepatutnya dibahagikan sama rata tidak diberi dan ini juga mewujudkan jurang lebar kaya-miskin yang sangat buruk impaknya kepada masyarakat. Bagaimana mungkin kemerdekaan untuk seseorang memiliki keuntungan/hasil tetapi tidak untuk yang lebih ramai lagi tidak mengongsi keuntungan/hasil? Sudah semestinya kapitalisma di dalam pemilikan tanah tidak dipanggil freedom seperti yang digembar-gemburkan.
Bahagian terakhir di dalam bukunya ini tidak berapa aku faham. Aku merasakan Proudhon membuat ramalan masa depan berdasarkan animal sociability. Dari analisi sosial semulajadi haiwan dan manusia, beliau menjangkakan masyarakat di masa hadapan akan menguruskan free society secara self-management.
Idea Proudhon sebenarnya mempengaruhi revolutionary anarchist yang lain seperti Bakunin dan Kropotkin malah termasuk juga golongan Marxist.
Penerangan: Mungkin kerana pembacaan awal aku adalah dari skop pandangan Marxist, aku merasakan bahawa idea Marxist lebih mudah difahami. Apabila aku faham Marxist, barulah aku faham Proudhon. Tapi sekiranya aku memulakan Proudhon, aku rasa aku akan terkapai-kapai terutamanya di dalam bab Surplus Value. Dan aku rasa aku dapat menerangkan Surplus Value dengan lebih tepat secara berdepan daripada menulis.
Ulasan
Catat Ulasan