Langkau ke kandungan utama

Resensi Nothing To Envy


Oleh: Endah Iman
Bayangkan apa yang diceritakan dalam novel 1984 karya George Orwell adalah benar? Terdapat satu negara yang sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan koloni kekuasaannya?

Setiap tindakan dipantau, setiap kegiatan diselidiki dan setiap apa yang kita fikirkan telah diprogram dalam satu sistem. Sistem untuk menyokong kerajaan. Sistem ini  dibuat untuk mengekalkan hegemoni pemerintah pada suatu-suatu masa. Akan ada orang-orang yang sanggup mengintip apa yang kita bualkan dengan keluarga, apa yang kita tonton sehingga kepada apa yang kita catat. Bila kita didapati bersalah, berkata sesuatu yang tidak menguntungkan kerajaan, merit kita akan dipotong. Dendanya kita kena menghabiskan masa mendengar kuliah tentang kenegaraan. Andai kata, apa kita lakukan itu menganggu gugat kerajaan, bersedialah ke kem buruh paksa.

Itu yang saya perhatikan dan pelajari dalam buku Barbara Demick “Nothing To Envy”. Tajuknya datang dari propaganda yang mengatakan bahaaa tiada yang perlu dicemburukan dengan dunia luar. Korea Utara lebih baik dari negara-negara di seluruh dunia dalam segala segi.

Media ditutup. Hanya media yang menepati saringan kerajaan yang biarkan meliputi isu-isu semasa. Bukan itu sahaja, idea-idea pemikiran Kim Jung-il sahaja yang boleh diterima. 

Dari zaman sekolah rendah, menyanyikan lagu kebesaran pemimpin sampailah ke menara gading. Satu program yang sama. Satu sistem yang sama untuk mengekalkan keseimbangan masyarakat.

Buku ini dimulakan dengan kisah cinta Mi-san yang bersembunyi di balik tembok kuku besi pemerintah. Kehidupannya sebagai pelajar dan warga negara yang taat pada negara. Mi-san tidak memiliki sejarah yang jelas disebabkan ayahnya yang pernah terlibat dalam peperangan di Korea Selatan.

Manakala kekasihnya, Jun-Sang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pyongyang memiliki kehidupan yang lebih terjamin. Diceritakan nasib dan taraf semua orang tak sama apatah lagi ada sejarah berkaitan dengan Korea Selatan.Akhirnya kedua-dua terpaksa memilih untuk lari dari negaranya meskipun panggilan pengkhianat itu akan melekat seumur hidup. Para ahli keluarga yang tinggal juga mungkin akan berdepan dengan ancaman yang serius.

Apa yang paling menyentuh hati membaca buku ini sebenarnya, bila tiba zaman yang ekonomi merudum. Sumber makanan nasional habis. Stok makanan untuk setiap keluarga tidak dapat diagihkan. Bayangkan, kaum wanita terpaksa mencari apa-apa sahaja yang boleh dijadikan lauk. Anak kelaparan. Suami yang tiada pekerjaan tapi perlu menyumbang tenaga kepada kerajaan. Para petani tidak mendapat hak dari apa yang mereka usahakan.

Penulis berjaya membawa imaginasiku terbang ke sana. Bagaimana penulis memperkenalkan kepada satu kehidupan yang asing. Tapi mungkin tidak adil bila kita mengambil dari satu sudut sahaja. Apatah lagi, kisah-kisah kehidupan jni diambil daripada mereka yang berjaya melarikan diri dan mencari penghidupan negara lain. Buku ini sesuai untuk pembuka minda dan menjelajah lebih dalam kehidupan-kehidupan manusia lain. Selain itu, ada baiknya, buku ini dikupas dari sudut sosio-politik keberkesanan memprogramkan manusia.

Secara asasnya, satu pembacaan yang menarik dan mengujakan.

(link asal; http://indaq.tumblr.com/post/118769623082/resensi-nothing-to-envy)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S