((SDRI. JULIYANA JUNAIDI)) Buku setebal lebih kurang 280 muka surat ni aku beli di Big Bad Wolf tempoh hari. Harganya cukup murah, Cuma RM3 sahaja. Kebanyakan buku lain yang dijual berharga RM8 namun aku pelik juga kerana buku ni Cuma berharga serendah RM3. Apa-apa pun, yang beruntung aku juga lah kerana dapat spend lebihan wang untuk buku lain. Aku cuma ambil masa selama empat hari untuk habiskan buku ni. Buku ni seakan ada suatu kuasa yang menarik aku untuk terus dan terus membacanya tanpa beralih ke buku lain seperti yang selalu aku lakukan. Mungkin sebab ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri penulis tersebut. Buku ni mengisahkan tentang kisah benar seorang wanita yang bernama Suraya Sadeed. Seorang Afghan-American yang berhempas pulas demi anak-anak Afghanistan . Buku ini bermula dengan kisah percintaan rebel beliau dan suami beliau dan bagaimana kematian suami beliau membolehkan beliau menjadi seorang wanita yang sekuat sekarang ini. Wanita ini mempunyai hanya ...
'melawan dengan buku!'