Karya garapan Zakiyuddin Baidhawy ini mencuba menceritakan konsep - konsep keadilan di dalam Islam. Zakiyuddin banyak mengutip dari Majid Khadduri yang menulis ' The Islamic Conception of Justice ' (ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) selain dari Umer Chapra dll lagi. Apabila Zakiyuddin dalam buku ini banyak menyebutkan tentang pengalaman kesarjanaan muslim dalam menghadapi gugatan ekonomi, membuatkan sesiapa sahaja yang cuba menyangkal kesarjanaan ekonomi Islam terpaksa berfikir semula. Awal daripada buku ini, adalah nota kaki dari Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Kuala Lumpur) yang ada menuliskan ' The Path to Global Prosperity: An Islamic Approach ' membuatkan kita harus mencari juga selain daripada Fazlur Rahman yang seakan kabur dalam menulis Doktrin Ekonomi Islam (terjemahan) apakah ada lain lagi kesarjanaan muslim yang cuba mengupas permasalahan ekonomi? Menurut Zakiyuddin, bahkan sufi teologi seperti Al - Ghazali juga memiliki beberapa ide
'melawan dengan buku!'