Langkau ke kandungan utama

NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY

 


NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY

 

Sepengetahuan kami selaku penerbit buku-buku progresif, di Malaysia hanya ada satu setakat ini buku yang ditulis tentang anarkisme yang agak khusus (walaupun ada juga tajuk-tajuk lain dalam buku tersebut) iaitu The Black Book (tajuk bahasa Inggeris tetapi isinya dalam Bahasa Melayu) tulisan Raja Otek terbitan Cukong Press. Sementara seperti biasa, Indonesia yang selalu mendahului dalam bab budaya termasuk literasi lebih meriah dan rancak. Antara dalam pemerhatian kami yang paling awal ialah Marjin Kiri yang banyak memfokuskan pada anarkisme berbanding penerbit seperti Resist Book, Ultimus, Yayasan Obor, Kendi, Berdikari, Komunitas Bambu dll. (Bahkan Marjin Kiri di kesempatan yang lain seolah cuba mempertautkan anarkisme dan Nietzsche dalam sebuah buku terjemahan mereka, dengan memberikan fakta bahawa Emma Goldman antara tokoh feminis anarkis yang kerapkali mengangkat Nietzsche dan mengkuliahkan idea-idea Nietzsche) Jadi buku di Malaysia yang hanya berfokus kepada Chomsky atau karya terjemahannya belum ada. Jadi Perihal Anarkisme terbitan Republik Buku ini terjemahan Sdr. Bendera Hitam adalah yang pertama. Sementara di Indonesia meskipun Marjin Kiri memfokuskan banyak terbitan awal mereka tentang anarkisme, sebaliknya tidak ada buku yang khusus tentang Chomsky, melainkan Resist Book yang meskipun tidak memfokuskan pada anarkisme, tetapi ada dua tajuk bukunya berfokus pada Chomsky, tulisan dan pemikirannya. Juga ada tiga lagi buku Chomsky yang diterjemahkan oleh penerbit Bentang (juga dari Indonesia) iaitu Who Rules the World?, Pirates and Emperors dan How The World Works? (Tambahan: kebanyakan terjemahan tentang anarkisme/atau topik perbahasan anarkisme kadangkala muncul dalam bentuk zine. Jadinya agak sukar untuk kita mengesan perkembangan karya-karya terjemahan ideologi anarkisme di Malaysia)

Buku ini kami sarankan untuk dibaca lebih dari sekali untuk difahami gagasan pengarangnya. Apatah lagi ianya karya terjemahan (ditambah pula karya seorang professor emeritus linguistik), maka jika terdapat sebarang kesukaran dalam memahaminya, maka diperlukan pengulangan pembacaan. Proses penerjemahan selalunya akan melibatkan dua hal ini, iaitu kita tidak dapat menerjemahkan secara harfiyah (literal) seperti yang dituliskan pengarang asal, dan keduanya, jika kita berbuat begitu (literal), dibimbangi ianya akan kaku dan tidak meninggalkan sebarang kesan kepada pembaca.

Dalam buku ini juga memaparkan tentang pergolakan dan pertentangan dalam dua elemen terbesar dunia Kiri iaitu Komunisme dan Anarkisme. Wajah Marx dan Bakunin saling bertentangan dan bersinggungan dalam tulisan Chomsky pada Bahagian II tentang “Objektiviti dan Kesarjanaan Liberal” ketika memaparkan tentang revolusi di Sepanyol, juga bab awal buku ini. Ia bukan sahaja mengulang perbezaan pandangan antara Komunis dan Anarkis dari sudut idea, tetapi juga dari sudut praksis.

Secara asasnya Anarkisme juga bukanlah suatu faham atau ideologi yang monoton, yang tanpa kritik. Anarkisme yang beza mendasarnya dengan Komunisme iaitu begitu menekankan kepada kebebasan terbahagi kepada dua, iaitu individualist anarchism dan social anarchism. Social anarchism ini seperti mutualism, collectivism, communism dan syndicalism. Chomsky sendiri dikritik di kalangan anarkis sendiri seperti tulisan daripada John Zerjan (primitive anarchist); Who is Chomsky?, Bob Black; Chomsky on The Nod dan Octavio Alberola; Chomsky as Chavez’s Clown. Dan bukan hanya Chomsky yang dikritik, Bob Black juga dikritik oleh Mooray Bookchin, juga seorang anarkis. Hakim Bey seorang anarkis yang mempunyai pandangan agak mistikus juga antara yang kuat dikritik.

Meski Chomsky menganggap dirinya sebagai anarko sindikalis, kita akan temui dalam buku ini pendirian-pendirian beliau yang agak ‘ramah’ dengan State/Negara iaitu dalam pengertian ‘Welfare State’, bahawa negara tidaklah total dimusuhi seperti kebanyakan fikiran anarkis lain. Jadi anarkisme ini bukanlah seperti yang kita saksikan dalam pop-culture Hollywood/DC iaitu pada watak Joker baik lakonan mendiang Heath Ledger, Jared Letto atau Joaquin Phoenix yang seolah memberikan pengertian bahawa anarkisme itu adalah suatu yang kacau bilau dan huru hara, meskipun esensi utama anarkisme antaranya adalah pemberontakan pada status quo/kemapanan/autoriti. Kerana jika Chomsky boleh pro kepada welfare state, maka pastilah ada perbezaan ketara dengan pemahaman anarkisme versi Joker (sama ada dari anarkis sendiri – jika ada – juga musuh anarkis). Chomsky juga bercerita tentang pengalamannya dan awal perkenalannya dengan anarkisme iaitu dari bapa saudaranya juga sedikit sebanyak tentang kibbutzim.

Buku ini dalam versi asalnya (Inggeris) mempunyai dua edisi. Bagaimanapun edisi kami ini tidak mengandungi Pengenalan dari Nathan Schneider iaitu bertajuk Anarcho-Curious? Or, Anarchist Amnesia. Mudah-mudahan di masa hadapan, pada edisi kemaskini berikutnya (juga beserta komentar/kritikan para pembaca) akan dimasukkan dalam edisi tersebut.

Bab akhir buku ini adalah tentang Bahasa dan Kebebasan. Selaku penerbit dalam edisi Bahasa Melayu, kami harus maklumkan di sini bahawa ayat-ayat Chomsky boleh dikatakan panjang-panjang dan kompleks, dan kami mengalami kesukaran dalam menyunting penerjemahannya. Sesetengah perkataan yang digunakan juga adalah dalam terminologi Kiri yang mana jarang digunakan atau jarang ada dalam penggunaan rasmi bahasa Melayu kita. Seperti free associations of free producers”. Kami tidak fikir perkataan yang sesuai untuk ini adalah pertubuhan bebas. Menurut kami, ia lebih menghampiri makna sindiket/sindikalis mahupun serikat. Malangnya kedua-dua perkataan ini bukanlah cocok atau selalu digunakan di tempat kita, melainkan di Indonesia. Jadi ‘associations’ lebih banyak berkait dengan federasi/konfederasi juga asosiasi. Walaupun tidak banyak perubahan dengan versi asal/Inggeris, menjadikan terjemahan itu sebagai ‘pertubuhan’ atau ‘kumpulan’ ianya masih lari dari apa yang mahu disampaikan Chomsky. Bahkan bunyinya kedengaran negatif seperti ‘kongsi’ (gelap), begitu juga jika mahu digunakan perkataan sindiket. Pastilah ‘associatons’ yang dimaksudkan itu bukanlah bermaksud seperti Malaysian Chinese Associatons (MCA).  Kemungkinan besar struktur bahasa kita telah dibentuk dan diatur oleh para birokrat negara menyebabkan bahasa kita kurang mampu memberikan terjemahan yang jitu dan tuntas terhadap teks-teks perlawanan. Apapun sepanjang mengedit dan menyunting naskhah terjemahan ini dari tahun lepas, kami telah berusaha sedaya mungkin untuk memberikan hasil yang terbaik buat para pembaca. Jika ada kekurangan, komentar, kritikan, boleh sahaja dimajukan kepada kami, untuk edisi kemaskini di masa hadapan.

Selamat membaca.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...