Langkau ke kandungan utama

Lahanat kau, Jebat!!



Oleh: Nurhuda Manshoor

Ceritanya tentang perlawanan akhir Tuah dan Jebat. Perlawanan yang kita selalu baca dan tonton. Pertempurannya dipersembahkan dengan cantik sekali melalui aksi ala-ala wira purba. Babak-babak lain yang menceritakan latar belakang perselisihan yang membawa kepada pertempuran tersebut diselitkan di dalam siri ulang-tayang yang menarik sekali.

Tajuknya Lahanat Jebat. Sangka saya, saya tahu maksud ‘lahanat’ dan pemilihan tajuk untuk me’lahanat’kan Jebat adalah satu troll untuk menarik pembaca. Seorang Aduka Taruna tentunya memilih Jebat untuk menentang Tuah. Namun, untuk tujuan resensi ini saya cuba mencari maksud sebenar perkataan ini. Baru saya tahu perkataan ini digunakan secara ekslusif oleh orang Melaka semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Jadi saya kira penulis memang memilih tajuk ini secara khusus untuk buku ini.

Buku ini dicetak dengan saiz yang bukan-biasa. Ia lebih pendek (1.5 – 2 cm) dari saiz buku yang biasa. Entah kenapa perkara ini mengganggu saya setiap kali saya terpandang buku ini. Warna dan corak kulitnya cantik, helaian kertasnya bagus sekali, amat selesa ketika membaca. Cuma saiz dan font tulisannya masih boleh ditambahbaik.

Membaca naskah ini, saya dibayangi oleh 2 perkara: 
1. Tuah dan Jebat yang saya ‘kenal’ seumur hidup saya, dan 
2. Aduka Taruna yang saya juga ‘kenal’ di alam maya. 
Saya tidak dapat membebaskan fikiran saya dari dua ‘perkara’ ini. Jadi, saya terpaksa mengaku bahawa resensi saya kali ini mungkin kurang adil (berat sebelah).

Saya tidak banyak ulasan dengan watak yang diberikan kepada Tuah. Ianya watak Tuah yang biasa, dia Tuah yang kita semua kenal. Klise dan straight forward.

Yang saya ingin bicarakan di dalam resensi ini ialah watak Jebat. Jebat adalah hero saya sepanjang zaman. Saya sangat tidak setuju dengan watak Jebat yang digambarkan ini. Saya kira watak ini tidak diangkat dengan selayaknya. Apatah lagi oleh Aduka Taruna.

Kenapa? Merujuk kepada karya klasik Tuah-Jebat, pertentangan adalah antara raja vs rakyat, feudal vs peasant. Pertentangan Tuah-Jebat di dalam Lahanat Jebat ini antara ketaatan kepada sultan dan ketaatan kepada Tuhan. Oleh kerana scene ini berlaku di Melaka, saya pertimbangkan cerita ini di dalam konteks Malaysia. Di dalam sejarah Malaysia (tanah di mana letaknya Malaysia hari ini) yang saya tahu, semenjak zaman Melaka lagi, agama yang dimaksudkan ini tidak pernah jauh dari feudal. Malah bersifat kefeudal-feudalan. Meletakkan pertentangan feudal vs agama adalah satu falasi kalaupun tidak hipokrisi.

Jebat juga diwatakkan dengan sifat warak dan keustaz-ustazan. Lembut bicaranya, merayu-rayu pujukannya. Dialog Jebat yang berulang-ulang merayu Tuah dengan bahasa mendayu-dayu amat memualkan. Tidak ada lagi Jebat saya yang bengis, gagah dan bengkeng. Jebat versi Aduka Taruna ini tidak cukup keras seperti yang ada di dalam minda saya.

Seterusnya tentang agen Portugis. Saya kira penulis ingin merasionalkan perselisihan yang berlaku. Ditambah pula tidak ada dinyatakan di dalam teks asal tentang pergolakan politik/ekonomi dan sosial yang membawa kepada perselisihan yang begitu serius. Mungkin juga untuk menjaga air muka lelaki-lelaki Melayu bertempur disebabkan seorang perempuan/gundik/isteri. Tentunya lelaki-lelaki gagah perkasa ini tidak berhunus keris dan berbunuh-bunuhan hanya dek perempuan yang lemah (rolling eyes). Bagaimanapun, saya nampak penambahan watak/cerita tentang kehadiran agen Portugis sebagai penyebab kepada persengketaan orang Melayu adalah satu eskapism yang amat klise. Saya mudah bosan dengan eskapism yang seperti ini. Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain/ pihak ketiga. Grow-up; be accountable, like a man, a real man.

Buku ini boleh/sesuai dibaca oleh semua yang kritikal dan hendak menjadi kritikal. Tidak sesuai untuk penghafal, penghafiz, penghafizah dan mereka yang bersih suci pemikirannya dek proses pembasuhan otak sistematik. Sangat baik untuk 'learn, un-learn and re-learn' apa yang telah didoktrinkan kepada kita. Perlulah sedikit bersabar dengan susunan ceritanya.

Terima kasih Aduka Taruna.
(post asal diambil dari GoodReads)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...