Langkau ke kandungan utama

Persoalan-persoalan Eksisten dalam Diorama Eksisten


buku Nomy ni mungkin tak ramai yang tahu, mungkin sebab covernya yang tak menggugat, tak bubuh nama awek, tajuk pun, aku tak faham, dan tak selejen Awek Chuck Taylor yang lebih popular. aku ambik masa aku tengah berkhalwat dalam bilik sulit.


tak tahu kenapa, aku rasa buku ini ditulis masa zaman 'samsara' atau suffer. atau zaman tengah takda kerja. jobless. mungkin aku sendiri seorang jobless. jadi aku dapat rasa feel jobless-jobless yang lain. agakan aku betul. kata Nomy, "..masa tu banyak krisis. Awek aku tido dengan lelaki lain, kawan baik aku merangkap ex awek aku (clash isu lain) baru meninggal dunia sebab kanser, dan masa tu aku jobless. Rare betul buku tu...,"


betul lah. masa tengah krisis, takda kerja, ataupun, tengah menjadi 'pemikir sepenuh masa', idea melimpah ruah, membuak-buak. 


buku ini mungkin tak akan jadi kegemaran para moralist dari mazhab Islamist kerana adegan-adegan 'untuk pembaca matang', tapi persoalan-persoalan 'eksisten' seorang Nomy sangat kental.

‘Tentang Konspirasi Lebuhraya’

"Aku nampak macam ni tau Mi. Tujuan kerajaan bina lebuhraya, ialah untuk rakyat jelata membeli kereta dari syarikat yang mendapat dana dari kerajaan, atau syarikat kereta yang dah bayar cukai kepada kerajaan. Bila dah beli kereta, mereka akan mengisi minyak dari syarikat petrol dari syarikat yang mendapat dana dari kerajaan, atau syarikat petrol yang dah bayar cukai kepada kerajaan. Bila dah isi petrol, dah berjalan, kau nak kejar masa sebelum traffic jam, tiba di pejabat dengan cepat, dan akhirnya kau disaman sebab memecut laju. Kitaran ini tidak akan berakhir hingga kiamat. Kerja kau hanya bayar, beli, bayar, beli. Mereka hanya kutip, ambil, kutip dan ambil.”

“wow, kritis.”

Ms 125 – 126

Sampai bila manusia harus terus berkonsumsi?

‘Tentang Mitos Kestabilan’

Kestabilan, kerja tetap, apa benda mengarut? Tetapi itulah yang menjadi keberahian setiap insan normal. Ya, istilah yang maha tepat. Mereka mahu menjadi normal. Sebuah kenormalan. Tetapi jika nenek moyang kita hanya duduk menetap di gua-gua, di kampong-kampung, apakah yang akan berlaku? Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Dan ini menyanggahi hukum alam. Bumi juga tidak tetap. Bumi berpusing. Ketetapan, kestabilan, hanya mengundang keselesaan sekaligus kemandoman. 

“…Kestabilan menjadikan kita manusia enggan berfikir. 500 tahun Italia berperang – mereka menghasilkan Renaissance – dari kota Florence sebagai kota ilmuwan, kota Genoa dan Venice sebagai kota perdagangan. 500 tahun Switzerland aman dan damai tanpa perang, serta kekal neutral dalam politik Eropah hanya mampu hasilkan jam.”

Ms 122

‘Kiamat/ Qiyamat (Qiyam) Kemusnahan Untuk Kebangkitan’

“..Anyway, bak kata Filippo Tommaso Marinetti bapa futurism, yang menjadi penyokong tegar fasisme, pernah berkata “We glorify war – the world only hygiene – militarism, patriotism, the destructive gesture of freedom – bringer, beautiful ideas to die for, and scorn of the woman”, maka kemusnahan itu sebahagian dari penciptaan. Samalah dengan hidup aku, pada hari aku musnahkan hidup aku, dan mungkin rumah-tangga aku dengan Lin, aku mungkin mencari jalan untuk membina hidup baru. Padang Lumba Kuda Kuala Lumpur dimusnahkan untuk Menara Berkembar Petronas, Wembley lama diruntuhkan untuk membina Jerman yang baru dan bersatu, dan berhala-berhala Uzza, Allata dan Manat yang dimusnahkan – maka muncul kiblat untuk umat Islam bersolat. Setiap kemusnahan ada penciptaan. Tidak ada kemusnahan maka tidak ada penciptaan. Tidak ada huru-hara maka tidak akan ada percambahan idea-idea baru. Aku sangat aneh dengan manusia-manusia yang enggan untuk huru-hara. Kenapa aku rasa macam tu? Kau suka ke kestabilan – pergi kerja, balik kerja, ikut jalan sama. Makan benda yang sama. Hujung minggu pergi Tesco, buat benda yang sama.  Hidup ini sekali je..,”

Ms 119-120

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...