“every saint has as past, and every sinner has a future” (Oscar Wilde)
P
|
ada dekad terakhir abad ke-20,
Malcolm X menjadi seorang watak yang sangat luar biasa. Generasi-generasi yang
lahir selepas Malcolm X masih memperdebatkan warisan spiritualnya. Auranya yang
begitu cemerlang hingga sering kali menenggelamkan organisasi yang Malcolm X
selamatkan dari kemunduran, tetapi kemudian mati ditinggalkannya: Nation of
Islam.
Malcolm lahir dalam keluarga yang
biasa-biasa sahaja sebenarnya. Tidak ada apa-apa yang terlalu menakjubkan
ketika kelahirannya. Dia seorang bayi kulit Hitam yang biasa ketika dilahirkan.
Dia juga menangis seperti bayi-bayi lain yang baru lahir. Ketika kecil, dia
juga makan dan minum seperti kanak-kanak lain. Tidak ada malaikat yang datang
membelah jantungnya. Dia bukan seorang yang terlalu luar biasa. Nothing special, kata orang putih.
Jadi apa yang menariknya tentang
Malcolm X?
Kerana dia dilahirkan sebagai
seorang yang terlalu biasa, tetapi matinya Malcolm sebagai seorang yang luar
biasa.
Berapa ramai orang yang mempunyai
masalah, tetapi melarikan diri dari masalah, telah kalah sebelum kalah?
Berapa ramai orang yang mempunyai
masalah, tetapi hanya menyalahkan diri sendiri, pasangan, keluarga, Tuhan,
tetapi tidak melawan masalah itu mati-matian?
Berapa ramai orang yang mempunyai
masalah, tetapi hanya berteriak ‘why my?’ bukan menyatakan, ‘try me’?
Dan itu antara perwatakan Malcolm
X, seorang yang bermasalah, yang membezakan dengan jutaan lagi manusia yang
bermasalah.
Dia seorang pendosa, pencuri,
perompak, kaki gaduh, kaki kelab malam, samseng jalanan….. apa lagi?
Seorang Malcolm mengajarkan kepada
kita bahawa kita tidak boleh mengubah masa lalu kita. Masa lalu, biarkan ianya
terus berlalu. Masa depan? Kita belum tahu. Yang ada di tangan kita cumalah
masa sekarang, dan Malcolm telah mengubah lencongan hidupnya 180 darjah menjadi
seorang yang sangat berjasa pada umat manusia, sekurang-kurangnya pada masyarakat
kulit Hitam khususnya. Seluruh masyarakat kulit Hitam dan dunia ketiga wajar
terusik dengannya.
Sedangkan, dia tak berhutang
apa-apa pun kepada kita, kepada masyarakatnya. Dia telah dirosakkan oleh
masyarakatnya. Dia telah dirosakkan oleh sistem yang telah merosakkan
masyarakatnya. Dia tak berhutang apa-apa pun. Jika dia rosak, itu adalah salah
masyarakatnya, itu adalah salah sistem, dia bukan nabi. Tuhan tidak mengutuskan
Malcolm untuk menjadi nabi. Jibril tidak datang memeluk seorang Malcolm. Dia
cuma seorang lelaki yang terkutuk menjadi kulit Hitam. Kenapa dia kena melawan?
Kenapa dia kena mempedulikan? Kenapa dia tidak menjadi seorang manusia kulit
Hitam yang pergi kerja, balik kerja, tidur, makan, berak, jadi mak bapak,
beranak dan mati?
Kerana dia Malcolm X!
Dia memilih untuk menjadi lilin,
membakar dirinya untuk menerangi jutaan manusia lain. Dia memilih untuk menjadi
korban kepada kegelapan masyarakatnya.
Selepas dia mendapat pencerahan
pertama, seorang Malcolm tinggal dalam kehidupan yang penuh asketiknya (tak
mempunyai rumahnya sendiri) sementara rakan-rakan seperjuangan semakin kaya
raya, ya inilah antara ciri-ciri revolusioner sejati, sekaligus naif! Dia
sampai tak sempat memikirkan tentang dirinya sendiri, hidupnya diwakafkan untuk
memperjuangkan nilai-nilai hidup yang baru!
Lihatlah, bila dia bertentangan
dengan Elijah Muhammad, berapa ramai yang bersamanya? Ternyata ini adalah
pertimbangan-pertimbangan yang tak pernah dipertimbangkan oleh seorang Malcolm.
Dia terlalu percayakan mentornya, dia tidak percayakan kepada pengkhianatan.
Dia menyangka dalam perjuangan semuanya serba suci. Dia adalah seorang yang
optimis setelah masuk Islam. Dia tidak menyangka bahawa oportunis berada di
mana-mana. Dan kadangkala dalam banyak keadaan, orang-orang di jalanan adalah
lebih jujur (terlebih berterus-terang) dari orang yang mendakwa-dakwi mereka
dekat dengan langit.
Malcolm berbeza dengan kebanyakan
revolusioner-revolusioner lain. Dia tak sebanding Gramsci, pemikir Komunis
Itali, yang terkenal dengan idea tentang Hegemoninya. Malcolm tak sempat
mengenyam pendidikan sampai menjadi seorang doktor revolusioner yang masuk
hutan seperti Che, dia tak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam untuk
digabungkan dengan sosiologi seperti Syari’ati, dia tak mempunyai berbuku-buku
teori tentang revolusi, dia cumalah seorang negro jalanan yang mahu mengubah
masa hadapan.
Malcolm adalah seorang lelaki yang
berkeliaran di lorong-lorong hitam, teraba-raba dalam kegelapan masyarakatnya
yang terabai-abai tak dipedulikan, kerana warna kulit mereka tersisih. Dia
adalah seorang anak Afrika yang tercari-cari jalan pulang, sama ada menaiki
kapal wap Marcus Garvey, kapal NOI, atau kapalnya sendiri!
Malcolm membuktikan bahawa anak
jalanan, yang terbiar tanpa bentukan ibu dan ayah, tanpa pendidikan tinggi,
didekam lama dalam penjara, boleh menjadi seseorang yang sangat berpengaruh.
Syaratnya, dengan kerajinan yang luar biasa, kau boleh mengatasi sesiapa sahaja,
Malcolm X dan Revolusi
M
|
alcolm X selepas perjalanan
panjangnya ke Negara-negara dunia ketiga yang lain, telah memperluaskan lagi
wawasan perjuangannya. Ianya bukan lagi semata-mata tentang mereka yang
berkulit Putih dan mereka yang berkulit Hitam, tetapi ianya adalah tentang sistem
yang mengeksploitasi mereka-mereka yang diperhambakan.
Bagi seorang Malcolm, perhambaan
bukan datang sepihak. Perhambaan bukan bertepuk sebelah tangan. Malcolm
mengatakan ada dua jenis negro. Satu negro bela, dan kedua negro padang. Yang satu
tinggal di rumah besar dan lebih melayani tuannya yang berkulit Putih
berbanding keluarganya sendiri. Sementara negro padang, yang tinggal di luar,
di alam bebas, berusaha dengan segala cara agar dapat melukai tuan besar kulit
Putih.
Negro bela adalah negro yang
dibela oleh tuan kulit Putih. Negro bela lebih menyayangi tuan kulit Putihnya
lebih dari dirinya sendiri.
Malcolm X menyentuh tentang
perkataan ‘revolusi’ yang begitu mudah dilafazkan tetapi begitu sulit untuk
terwujudkan. Ianya seolah perkataan-perkataan hipster pada babad moden ini.
Tetapi berapa ramai orang yang menyedari kesan dan akibat revolusi? Berapa
ramai yang bersedia?
Malcolm bertalu-talu menghentam
pendekatan nonviolent[1]
(pendekatan popular saingannya, Dr. Martin King) yang terlalu bersifat aman
damai. Latar kelas dan latar belakang antara keduanya perlu diambil kira
sebelum menghukum Malcolm secara semberono, Malcolm lahir dalam keluarga kulit
Hitam yang dirosakkan oleh masyarakat kulit Putih racist, Ku Klux Klan dan
Black Legion khususnya. Di sekolah dia digagalkan oleh gurunya secara sengaja.
Dia didiskriminasi kerana warna kulit. Sementara seorang Martin King lebih
bernasib baik kerana tak perlu menjadi samseng jalanan, pencuri atau perompak
seperti Malcolm, kerana segalanya telah tersedia. Perkiraan latar adalah
sesuatu yang perlu diambil kira dalam menganalisis corak dan pendekatan
seseorang aktivis tersebut. Malcolm tidak gentar untuk bercakap tentang
self-defense (pertahanan diri) by any means necessary (dengan apa cara
sekalipun), membezakan dirinya dengan seorang Martin King yang masih
berbolak-balik dengan pendekatan nonviolentnya.
[1]
Perkataan nonviolent tidak diubah dalam ulasan ini, mengenangkan ketidaklinciran
kami untuk menyebutkan sekaligus memahamkan, akan membuatkan para pembaca sulit
untuk memahaminya. Nonviolent bermaksud pendekatan yang tidak menggunakan
kekerasan. Dan sebenarnya sudah ada perbahasan yang cuba membezakan di antara
violent (kekerasan) dan power (kekuasaan).
Wow. Aku suka part dia dilahirkan dgn sifat revolusioner yg sejati .
BalasPadam