Langkau ke kandungan utama

SIAPA PENYAIR? (DEFINISI PENYAIR MENURUT BEDUK LOGAM DALAM ESEI THUKUL DAN PELURU)



Ada orang pm tanya, ‘penyair ni apa’? ‘dan siapa saja yang mampu meluahkan isi dalam kefahaman, pendapat atau apa sahaja, macam tu ke?’
Dia tanya lagi, ‘apa maksud sebenar penyair?’

Aku tak tahu ini salah siapa, atau nak salahkan siapa. Salah cikgu, atau salah murid? Atau salah kementerian? Tetapi kementerian juga, sebelum mereka menjadi kementerian, mereka juga pernah pernah pergi ke sekolah, pernah menjadi murid, dan pernah belajar dengan guru. Guru pula, jika mahu disalahkan kepada mereka sahaja, tentulah tidak adil, kerana sistem dan silibus diuruskan oleh kementerian. Akhirnya salah menyalahkan ini, akan menjadikan kita dalam ‘telur atau ayam, mana yang dulu?’

Aku cuma akan mengatakan ini adalah kejahilan dalam budaya sendiri, budaya jahiliyah terhadap jati diri sendiri, tiada identity, tiada kenal diri, yang menyebabkan kita terperangkap dalam perangkap budaya pembaratan hingga lupa kebudayaan dan jati diri kita sendiri. Jika bangsa Arab suatu masa dahulu akibat lamanya Nabi Ismail wafat meninggalkan mereka, menyebabkan mereka telah tertimbus dengan budaya pemberhalaan budaya khurafat, mengagungkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada mereka, kebanggaan yang menghampakan (membanggakan sesuatu yang tidak mendatangkan apa – apa), seperti Arab moden yang mabukkan Barat terutama Amerika, yang hanya mahu mengorek perut bumi mereka, yang tidak sekali – kali akan mencabut barah yang mereka telah tanam di Timur Tengah bernama Israel, seperti itulah bangsa kita pada hari ini yang sudah hilang kebudayaan sendiri, membanggakan sesuatu (kebudayaan Barat) sampai melupakan kekayaan tradisi sendiri, bak kata pepatah Melayu, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, akhirnya, nak menjadi Barat tak dapat – dapat, dan kebudayaan sendiri mati.

Persoalan ini bukan sekadar tentang definisi sebenar siapa penyair, kerana semua orang akan mencuba membuat defenisi sendiri tentang ‘siapa penyair’, dan agak sulit untuk mencari definisi yang paling tepat, tetapi sekurang – kurangnya kita akan bersetuju terhadap takrifan ‘siapa penyair’ jika mempunyai sekurang – kurangnya satu persamaan dalam pelbagai jenis takrifan.

Tetapi apabila ada orang bertanya lagi, ‘siapa pula Thukul?’, maka aku terfikir pula, apakah yang pelajar – pelajar sastera Melayu belajar di sekolah sekarang? Apa jenis sastera yang mereka baca, hadam, kunyah dan telan? Apa yang mereka belajar dalam Subsidi KOMSAS? Apa guna bangunan rehal bernama DBP? Jika Thukul seorang yang revolusioner dalam karya, apakah pelajar – pelajar kita kenal Rendra? Seorang penyair (penyajak) yang dikenal sebagai ‘burung merak’ di Indonesia. Puisi – puisi beliau (penyair juga pemuisi) banyak menyentuh segenap lapisan sosial masyarakat – sosio budaya, termasuk masyarakat di lorong – lorong gelap (pernah baca ‘Pelacur – pelacur Kota Jakarta, Bersatulah!’?) Kenal Pramoedya Ananta Toer? Baca nanti dulu, adakah kenal? Adakah pernah dengar nama sosok novelis ‘realisme sosialis’ ini? Baik, aku tidak akan tanya tentang ‘Atheist’ yang dikarang oleh Achdiat K. Mihardja, yang pernah menjadi teks sastera kebangsaan kita suatu masa dulu, tapi aku nak tanya tentang, sasterawan kita sendiri, apakah pelajar – pelajar kita mengenal Usman Awang? Keris Mas? Pak Samad Said? Atau Dinsman? Ini antara sosok – sosok veteran yang lama (old timer / otai) dalam dunia kepenyairan. Adakah pelajar – pelajar kita kenal? Mereka ini adalah penyair – penyair tersohor, bukan penyair bawah tanah yang tidak terkenal. Adakah kita kenal?

Menurut Beduk, seorang penyajak yang peka dan sensitif menjadikan sajak – sajak miliknya sebagai alat (atau Thukul / peluru) untuk bertahan dan bertindak balas. Penyair, menurut Beduk, berperanan bagi menyatakan keluh – kesah masyarakat sekelilingnya, menyuarakan apa yang tidak dapat disuarakan oleh sebahagian manusia yang tidak berkemampuan untuk menutur dan menyusun baris – baris kehampaan, detik – detik menyenangkan, lirikan kekecewaan, prejudis, teriak – tangis, harapan serta impian.

Kerana ini semua, kata Beduk, kata – kata dan kalimah juga berupaya menjadi ‘Thukul’ dan peluru, secara praktikalnya, penggunaan ‘Thukul’ mahupun peluru digunakan sebagai menghentam objek, sebaliknya di dalam dunia persuratan, ‘Thukul’ dan peluru berupaya menghentam subjek.

Menurut Beduk lagi, sama ada ‘Thukul’ mahupun peluru, kedua – duanya dapat berfungsi sebagai mekanisme yang dapat mencederakan, menembusi, menghentak sesuatu objek. Pada zaman primitif, jelas Beduk, ‘Thukul’ menjadi sebuah senjata dominan untuk mempertahankan diri, dan kemudian zaman berganti zaman, keupayaan ‘Thukul’ mulai digantikan dengan peluru sebagai alat untuk mempertahankan dan menyerang pada zaman ubat bedil.

Tulis Beduk, kepahlawanan termulia dan suci bagi para penyair yang sebenarnya adalah memandu masyarakat dan penguasa ke arah jalan kebenaran, ini berlawanan dengan sejenis lagi kategori penyair / karyawan (juga penyair) yang lebih ghairah untuk menyesatkan serta membalut kain hitam pada mata masyarakat, menyebabkan sesetengah rakyat teraba – raba dalam kegelapan dan berlanggaran sesama sendiri. Penyair dalam kategori ini tidak mempunyai tanggungjawab sosial, dan lebih berminat untuk memenuhkan kocek dan poket sendiri, berbanding membuang masa berfikir tentang masalah masyarakat. Penyair – penyair yang sebegini, yang mabuk – mabuk di inderaloka, yang terbang turun naik dari bumi dan angkasa, yang menjilat dan mengusap perut buncit penindas yang memberikan wang untuk aktiviti seni mereka beroperasi, harus dilupakan, harus ditinggalkan.

Penyair, adalah manusia special, ulung, intelektual, kreatif, mempunyai sesuatu tangkapan deria yang tidak dipunyai sebahagian yang lain, kata Beduk, karya dan hasil tulisan merekalah yang menjadi taruhan. Kata – kata – imej – gaya – simbol – nada di dalam karya mereka perlu mengetuk dan menyentak (jika perlu, menembak) kepala para pemimpin yang tidur nyenyak dan enak, supaya tidak melakukan segala perbuatan yang tidak bermoral.

Jika penyair ini tidak penting, masakan Qur’an mengabadikan sebuah surah untuk para penyair, (Asy – Syu’ara’)?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...