Oleh: Muhammad Syameil Dalam keasyikan membaca buku “Simposium Tasawuf & Tarikat” tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, saya terjumpa matan yang menarik perhatian saya. Dr. Burhanuddin dalam syarahannya mengatakan bahawa perkembangan Islam besar sekali dilakukan oleh ahli sufi mengalihkan dan mencabut umbi-umbi agama Hindu dan Buddha. Teks tersebut juga mengingatkan saya kepada buku “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” tukilan Prof. Naquib dulu. Beliau mengutarakan pandangan bahawa agama Hindu dan Buddha tidaklah bertapak kukuh di Alam Melayu, sebaliknya menjadi agama para autoriti. Asumsi ini pada saya mempunyai kebenarannya juga. Saya tidak melihat bahawa agama Hindu dan Buddha telah berakar umbi di dalam masyarakat nusantara, agama Hindu misalnya. Unsur-unsur Hindu lebih menonjol dalam aspek budaya dan linguistic berbanding pengalaman agama Hindu itu sendiri. Saya mengambil contoh pengislaman masyarakat Jawa oleh Wali Songo misalnya, Wali Songo tidak-lah menekan ritual-...
'melawan dengan buku!'