Oleh: Khairul Idzwan Penulisannya agak santai walaupun tajuknya kelihatan berat. Aku tertarik dengan isu-isu sosial, geopolitik, perundangan dan agama yang diketengahkan. Ia jelas kepakaran penulis dalam menganalisis isu-isu semasa. Walau bagaimanapun, aku agak sedikit kecewa dengan buku ini. Tajuk bukunya cukup bercita-cita tinggi kerana menggabungkan dua terma yang besar maksudnya. Namun, terma intelektual tidak dikupas definisi dan ciri-cirinya sebaliknya penulis hanya memberikan maksud daripada Kamus Dewan di beberapa muka surat terakhir. Bagi aku, analisis terhadap definisi intelektual itu cukup penting kerana daripada situ barulah kandungan buku dapat dikembangkan dengan lebih baik. Untuk terma revolusi pula, seingat aku penulis langsung tidak membuat sebarang definisi dan analisis. Selain itu, penulis juga tidak menyediakan senarai rujukan bibliografi untuk segala penulisan beliau yang memiliki fakta dan dakwaan tertentu. Pada aku, sebagai sebuah buku bukan fiksyen, ini amat-ama...
'melawan dengan buku!'