Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ibrahim Pernah Atheis: Proses Kognitif dalam Pencarian.

Kita seringkali mendengar orang mengatakan ‘jangan menilai  pada kulit’ atau ‘ don’t jugde the book by it’s cover’ . Manusia merupakan makhluk yang visual. Kita memang diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang peka pada apa yang ada di sekeliling kita. Dengan cara inilah manusia juga mempertahankan diri dari bahaya. Manusia sering menggunakan penglihatan untuk menilai sesuatu sebelum menggunakan mana-mana pancaindera lain. Penilaian yang dilakukan melalui penelitian visual ini kerana  untuk mengelakan dari membuat keputusan yang salah.  Oleh itu ungkapan ‘jangan menilai buku dari kulitnya’ hanya mampu menjadi nasihat sahaja, ia tidak lebih dari itu. Hal ini kerana suka ataupun tidak kita memang melilai sesuatu dengan apa yang kita lihat. Begitu jugalah kita, melihat tajuk senaskah buku seperti ‘Ibrahim Pernah Atheis’ khalayak akan membuat berbagai interpretasi atau pun tanggapan awal melalui  pemahaman yang digarap melalui pengalaman pembacaan atau p...

Penekanan Akhlak dalam penyebaran Agama.

Hikayat  merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam. Cerita – cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting seperti sejarah atau cerita roman fiktif bertujuan untuk hiburan serta pembangkit semangat juang.  Kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.                 Wali songo adalah nama yang tidak asing dikalangan masyarakat Indonesia, terutamanya masyarakat Islam yang tinggal di Pulau Jawa. Umumnya kita mengetahui Wali songo hanyalah sembilan orang iaitu Syed Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Drajad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati. ...

'Aku Ingin Jadi Peluru', Menyelam ke Dasar Pemaknaan “Peluru” dan Teori Semiotik Peirce.

              Judul sesebuah karya mempamerkan tema. Dalam naskhah kumpulan puisi ‘Aku Ingin Jadi Peluru’ karya Wiji Thukul, beliau telah memilih perkataan ‘peluru’ untuk dijadikan perlambangan bagi keseluruhan puisi – puisinya. Mari kita selidiki serba sedikit permaknaan peluru yang digunakan oleh Wiji Thukul ini.             Sebelum kita pergi lebih mendalam lagi, mari kita memahami Teori Semiotik Peirce terlebih dahulu. Dalam menyusun teori semiotik, Peirce sangat sedar bahawa kehidupan manusia dikelilingi tanda dan tanda berperanan penting dalam kegiatan manusia berfikir.  Tanpa tanda, manusia tidak dapat berkomunikasi (Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest, 1992: vii) dan tidak  dapat melakukan aktiviti kehidupan secara berkesan.             Salah satu tanda yang penting dalam kehidupan manusia ialah bahasa. Bahk...