NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY Sepengetahuan kami selaku penerbit buku-buku progresif, di Malaysia hanya ada satu setakat ini buku yang ditulis tentang anarkisme yang agak khusus (walaupun ada juga tajuk-tajuk lain dalam buku tersebut) iaitu The Black Book (tajuk bahasa Inggeris tetapi isinya dalam Bahasa Melayu) tulisan Raja Otek terbitan Cukong Press. Sementara seperti biasa, Indonesia yang selalu mendahului dalam bab budaya termasuk literasi lebih meriah dan rancak. Antara dalam pemerhatian kami yang paling awal ialah Marjin Kiri yang banyak memfokuskan pada anarkisme berbanding penerbit seperti Resist Book, Ultimus, Yayasan Obor, Kendi, Berdikari, Komunitas Bambu dll. (Bahkan Marjin Kiri di kesempatan yang lain seolah cuba mempertautkan anarkisme dan Nietzsche dalam sebuah buku terjemahan mereka, dengan memberikan fakta bahawa Emma Goldman antara tokoh feminis anarkis yang kerapkali mengangkat Nietzsche dan mengkuliahkan idea-idea Nietzsche