Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...
'melawan dengan buku!'