Kata Pengantar Komrad Aaron Dinesh, Bekas Angkatan Rakyat Muda, Parti Rakyat Malaysia. Setelah lama tidak diterbitkan, Buku Hijau selama ini telah menjadi sebuah artifak sejarah suatu zaman (tepatnya 28 tahun yang lalu) di mana ramai anak-anak muda yang gemar mempelajari Falsafah Politik dan Ideologi belum lahir. Zaman itu adalah Perang Dingin, dan banyak hal yang kita lihat sekarang di dunia adalah hasil bentukan dan perkembangan dari satu pertentangan yang penuh dengan debat, perisikan ( espionage ) dan perang proxi. Hitam dan Putih itu adalah standar/orde (trend politik antarabangsa) yang kita perlihatkan dan persoalan ‘ Siapakah yang anda harus memihak? ’ menjadi penentu kelangsungan dan kemapanan sesebuah negara. Dunia politik moden pada masa itu seperti sebuah papan catur yang luas dan tidak boleh lari dari hitam dan putih ini (Dunia sekarang hampir sama cuma pemainnya sahaja yang berbeza). Tetapi kita harus tahu bahawa tidak semua adalah hitam dan putih, sebenarnya ...
'melawan dengan buku!'