Oleh: Tommy Hatcher Buku yang diberi tajuk 'Tasawuf yang Tertindas’ ini telah sampai ke tangan saya sebulan yang lalu wal aupun merupakan teks kajian kesusasteraan alam Melayu yang saya dapatkan dari distrubutor RepublikBuku yang senantiasa cuba untuk bertahan dengan mendistrubisikan karya karya yang berkualiti tinggi dan diharapkan berilah sedikit sokongan untuk mereka terus bertahan dalam mempertahankan peradaban kesusasteraan kita Buku ini tidak begitu rumit sebenarnya dan juga agak menyeronokkan dengan pengkisahan serba sedikit sejarah tentang kesufian dan keseniannya lengkap dengan teks asli dan terjemahan, walaupun ketebalannya mencapai 445 m/s kerana hanya ada 7 seksyen termasuk pendahuluan dan latarbelakang seni dan falsafah kesufian secara umumnya dan satu seksyen yang membicarakan riwayat Syeikh al Hamzah Fansuri ini. Riwayat ketokohan Hamzah Fansuri sebagai bapa kesusasteraan alam Melayu juga sangat sulit untuk disusun akibat kurangnya maklumat tentangnya walau...
'melawan dengan buku!'