Oleh: Razdey Ruslin Seperti buku memoir yang lain, buku ini menceritakan tentang riwayat hidup penulis, iaitu Kassim Ahmad, bermula dari usia kanak-kanak sehingga sekarang dan juga bagaimana beliau berjumpa Islam dan ‘kembali ke pangkuan ibu’ setelah 36 tahun mencari jalan pulang semenjak usianya 17 tahun. Selain kisah hidup beliau, dalam buku ini juga beliau selang selikan dengan pemikiran, falsafah, sastera, politik dan teologi yang sememangnya menjadi minat beliau. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahwa buku ini adalah salah satu daripada buku-buku kontroversi yang aku baca yang mengubah pemikiranku dan memberi impak yang agak besar kepada aku. Sebagai perkongsian kepada pembaca, buku-buku yang memberi impak kepada aku adalah pertama, “Antitesis” (jika aku tidak membaca buku ini, mungkin aku tak akan pernah membaca buku-buku yang akan aku nyatakan sebentar lagi), “Allah, Kebebasan dan Cinta” (buku yang diharamkan. Ajaibnya, aku pertama kali mengenal cinta T...
'melawan dengan buku!'