Oleh: Tommy Hatcher Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran Kepada Banyak Tindakan (baca: Cokrominoto) siri sejarah terbitan distributor Republik Buku. Saya diminta oleh sidang redaksi distributor, 'RepublikBuku' untuk berkomentar untuk keluaran terbaru dari Republik Buku dalam Serial 'Siri Pemula'nya yang bermula dengan figur Sosialis Iran, Ali Syaria'ti dan tokoh pembebasan kulit hitam Amerika Syarikat Malcolm X yang telah dikomentar sebelum ini. Pemilihan figur yang berlainan tapi sefikrah juga merupakan strategi dari sidang redaksi dalam usahanya untuk mengangkat watak yang berbeza tapi mempunyai pemikiran yang 'sekepala'. Haji Omar Saeid Tjokrominoto yang merupakan figur pilihan untuk serial Pemula kali ini secara jujur lansung saya tidak kenali berbanding tokoh ternama terutamanya dari republik Indonesia yang lain. Kepayahan 'mengeja' nama figur ini juga menjadikan antara sebab saya kurang berminat dengannya. Progr...
'melawan dengan buku!'