Tajuk: Animal Farm, George Orwell (1945) Pengulas: IR Ramadhan Buku yang mahu aku ulas kali ini adalah novel Animal Farm(1945) karya George Orwell. Persepsi awal aku pada novel ini yang aku peroleh daripada rakan-rakan facebook adalah mengenai perangai manusia yang berpolitik seperti haiwan, cara pentadbiran mengikut undang-undang rimba, manusia yang diperintah oleh haiwan, namun setelah aku membacanya aku tak dapat dapatan seperti yang kawan-kawanku di facebook nyatakan. Jadi aku tertanya-tanya samada mereka itu benar mengulas usai membacanya atau membaca secara rawak atau membaca tajuk kulit kemudian mengulasnya? Usai membaca novel ini dari kulit ke kulit, aku ingin berkongsi pendapat ku mengenai isu-isu yang dibawa oleh penulis, yang bagiku persis dengan keadaan di Malaysia iaitu isu berkenaan kepimpinan, bagaimana pembodohan rakyat berlaku, bagaimana rakyat yang progressif itu dilayan, undang-undang yang dicabul oleh penguasa dan perwatakan ahli-ahli politik. semua i...
'melawan dengan buku!'