(boleh menonton pelancaran buku ' Ulama yang bukan Pewaris Nabi ' di sini ) - review buku oleh Mohammad Hafiz Zahari (Apis Cuer) - Buku ini memberi banyak kritikan ke atas isu agama Islam yang berlaku di Malaysia. Memang banyak perkara yang disentuh dan yang paling menarik perhatian adalah bahagian buku. Terdapat dua bab untuk buku iaitu Buku Boleh Merosakkan Akidah? , Dan Buku Bukan Kitab Suci . Sekarang membaca buku adalah suatu fenomena yang diberi nafas baru. Sepertimana waktu dahulu ketika kes Anwar Ibrahim, kemudian banyak karya politik yang dibaca oleh masyarakat. Ramai yang mula membaca dan berbincang tentang apa-apa hal politik di sekeliling mereka. Bacaan yang paling menarik perhatian bagi saya adalah hasil karya Syed Hussein Al-Attas. Dan kini para belia mulai giat dalam menghasilkan karya mereka sendiri, dan banyak penerbit yang berusaha untuk menerbit tulisan mereka untuk disebarkan ke seluruh Malaysia. Ia mendapat sambutan yang hangat. Namun, past...
'melawan dengan buku!'