Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

FALSAFAH DAN ESENSI HAJI (ALI SYARI'ATI) DALAM MENYANGKAL NIHILISM (SEBUAH FILSAFAT YANG HAMPA)

  Sebuah syair dari Naser Khosrow, (seorang penyair Parsi yang menulis sebuah buku mengenai pengalaman – pengalamannya ketika menunaikan ibadah haji) Dengan membawa kemuliaan jamaah haji telah kembali. Mereka bersyukur kepada Allah Yang Pengasih. Di dalam perjalanan dari Arafat menuju Mekkah, Dengan takzim mereka mengulangi ucapan ‘Labbaika’. Ketika menghadapi kekerasan Padang Pasir Hijaz, Mereka bersukaria kerana telah selamat dari siksa dan api. Mereka telah menunaikan haji dan telah menyelesaikan umrah. Kini, dalam keadaan selamat mereka kembali ke tanah air. Aku menyempatkan diri untuk menyambut kepulangan mereka, Walau biasanya orang – orang yang seperti aku ini, tidak berbuat demikian. Tetapi salah seorang diantara para jamaah itu, Adalah sahabatku yang sejati. Kepadanya aku bertanya, bagaimanakah ia telah menempuh Perjalanan yang sangat sulit dan menakutkan itu? Kepadanya, kukhabarkan, sejak kepergiannya meninggalkan aku sendiri, Yang kurasakan adalah s

"KRITIKAN MUTAHHARI TERHADAP GERAKAN KEMERDEKAAN ISLAM"

“Maraghbar Asri!”  “Allahuakbar!”  “Maraghbar Asri!”  “Allahuakbar!”  “Maraghbar Asri” Pekikan Maraghbar Asri atau ‘pergi mampus Asri’ berselang seli dengan takbir Allah Maha Besar, Allah Maha Besar bergaung dalam Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 6 Muharram 1403 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1982. Suasana ini seperti dicatat oleh Almarhum Asri Muda dalam  Memoir Politik Asri , sudah begitu gawat, dan seperti yang dinyatakan, hubungan ukhuwah antara pimpinan sudah menunjukkan wajah yang muram. Pada ketika itulah Muktamar Tahunan PAS yang ke – 28 diadakan. Ternyata ketika ini, pengaruh revolusi Iran begitu ketara sekali mempengaruhi muktamirin – muktamirin, sehingga akhirnya menjatuhkan kepimpinan Asri yang cenderung berwatak Nasionalisme Melayu yang tidak banyak berbeza dengan UMNO dari segi cita – cita Melayunya dan tambahan lagi beberapa orang pemimpinnya tidak mencerminkan watak Islam, dan kesan akhirnya, sampai men