Nama Karl Marx sering dikaitkan dengan atribut – atribut negative seperti atheis, kiri, pemberontak, totaliter, materialism dan lain – lain. Marx dianggap percaya bahawa motif tertinggi psikologis manusia adalah keinginannya untuk bersenang – senang dan memperoleh keuntungan maksimum. Marx kemudian dicop sebagai mengabaikan kepentingan individu. Marx dikatakan tidak menghargai atau memahami keperluan spiritual manusia. Dan kritik Marx terhadap agama difahami sebagai penolakan terhadap semua nilai spiritual. Penulis buku ini iaitu Erich Fromm, menegaskan bahawa gambaran semacam itu adalah tidak benar dan lebih merupakan sebuah fitnah. Marx adalah seorang humanis. Marx adalah pejuang paling agresif untuk kebaikan, tidak mampu untuk bertoleransi kepura – puraan atau penipuan, dan tidak dapat menerima rasinoalilasi yang tidak jujur atau penyataan fiktif tentang masalah – masalah penting. Tujuan Marx tidaklah lain tidaklah bukan melainkan untuk pembebasan spiritual manusia, ...
'melawan dengan buku!'