Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

“Sepanjang Jalan Kiri yang Penuh Duri”

Oleh: Tommy Hatcher Sebuah Roman Novel Haluan Kiri yang lebih Kiri Terbitan Merpati Jingga, Cetakan Pertama, Oktober 2016 Segalanya adalah Kiri dari ideologi, Cinta-Benci, oposisi termasuk agamawi, itulah komen kilat dalam pembacaan pantas tidak sampai satu malam terhadap karya idealis dalam bentuk novel-roman, sebuah karya terbaru dari sosok pemikir ‘bebas-fikir’ yang sempat meraih populariti kilat hasil dari berani kontra tetapi dinamik, progresif dan yang agak memuaskan masih mengekalkan konsentrasi dan stamina sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu saudara Benz Ali yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bentuk dari Antithesis (santai/ringan), Koleksi Puisi Masturbasi (antologi puisi), Anti-Conformity (kritik sosial) dan Agama dan Hegemoni Negara: Siapa Cilok Agama? (idealistik/kritikal). Jalan Kiri Menuju Syurga merupakan kepelbagaian method (gaya/cara) penyampaian yang terbaru dipraktikkan oleh saudara Benz Ali dalam menerjemahkan gaya pemiki