Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

KITAB AL - FITHRAH (MUTHAHHARI): PENJELASAN PENDAPAT2 SARJANA BARAT TENTANG TEORI2 KEMUNCULAN AGAMA

Kata Muthahhari,  Ludwig  Feuerbach (1804 - 1872) melihat agama sebagai sejenis alienasi. Feuerbach adalah orang pertama yang melakukan  study  sistematik dan analitis yang mendalam mengenai lahirnya agama Kristian dan agama - agama lain pada umumnya. Feuerbach meyakini bahawa dengan semakin maju dan berkembangnya pengetahuan manusia dan dengan kembalinya manusia pada dirinya, dengan sendirinya persoalan agama akan terangkat dan agama pun menjadi runtuh. Sosiolog atheis ini berpendapat bahawa manusia mempunyai dua eksistensi. Pertama, eksistensi luhur yang mencintai kebaikan, mencari kebaikan dan berbuat kebaikan. Kedua, eksistensi yang rendah dan dangkal. Feuerbach meyakini bahawa pada awalnya dan di lingkungan komuniti - komuniti manusia primitif, kecenderungan tersebut sangat kuat dan kemudian sedikit demi sedikit menurun seiring dengan perjalanan sejarah. Untuk mendukung teorinya tersebut, Feuerbach mengemukakan dalil seperti yang dikemukakannya dalam hubungannya den

FILSAFAT ISLAM: ANTARA ILMU DAN KEPENTINGAN (M. SUBKHAN ANSHORI)

"NAK JADI THUKUL?" ((MERISIK RINDU))

Penghujung Julai 2014, sedang rakyat Malaysia beragama Islam sibuk membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri lahir sebuah naskah antologi yang memuatkan esei, cerpen dan sajak  berjudul ‘Nak Jadi Thukul’. Mengapa Thukul, apa yang tersembunyi di balik perkataan tersebut? Mengapa mesti  dieja thukul  tidak tukul?  Teka-teki ini hanya akan terjawab apabila anda membaca naskah “Nak Jadi Thukul”. Buku tribute ini sebenarnya lebih mengangkat semangat juang seorang seniman  aktivis Indonesia yang secara tidak langsung terlibat dengan kegiatan kesusasteraan iaitu puisi. Selain itu beliau juga terlibat dalam kegiatan teater dan seni lukis. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya mengapa Wiji Thukul, tidak adakah tokoh sasterawan dari tanah air sehingga perlu kita angkat susuk tokoh luar sebagai contoh? Ya, sudah tentu kita punya ramai susuk tokoh negarawan yang boleh diangkat namun begitu, kelahiran antologi ini bukanlah menolak perjuangan nasionalis tanah air tetapi memperken

'HAMBA': DAN KEPERLUAN REKONSTRUKSI SEJARAH

Rekonstruksi bererti pengembalian seperti semula, atau penyusunan kembali, jika merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. Menurut sarjana B.N Marbun, rekonstruksi adalah pengembalian sesuatu ke tempatnya yang semula, disusun kembali sebagaimana adanya atau kejadian semula. Ali Mudhofir pergi lebih jauh, dengan menyatakan, Rekonstruksionisme adalah salah satu aliran dalam filsafat pendidikan yang bercirikan radikal. Bagi aliran ini, persoalan - persoalan pendidikan dan kebudayaan perlu dilihat jauh ke depan, dan bila perlu diusahakan terbentuknya tata peradaban yang baharu. Rekonstruksi bererti membangun atau pengembalian kembali sesuatu berdasarkan kejadian asal, dimana dalam rekonstruksi tersebut memuat nilai - nilai primer ((utama)) yang harus tetap ada dalam aktiviti membangun kembali sesuatu sesuai dengan keadaan asal. Untuk kepentingan pembangunan kembali sesuatu, apakai itu peristiwa, fenomena - fenomena sejarah masa lalu, hingga pada konsepsi pemikiran yang telah dikeluar

SIAPA PENYAIR? (DEFINISI PENYAIR MENURUT BEDUK LOGAM DALAM ESEI THUKUL DAN PELURU)

Ada orang pm tanya, ‘ penyair ni apa ’? ‘ dan siapa saja yang mampu meluahkan isi dalam kefahaman, pendapat atau apa sahaja, macam tu ke ?’ Dia tanya lagi, ‘ apa maksud sebenar penyair ?’ Aku tak tahu ini salah siapa, atau nak salahkan siapa. Salah cikgu, atau salah murid? Atau salah kementerian? Tetapi kementerian juga, sebelum mereka menjadi kementerian, mereka juga pernah pernah pergi ke sekolah, pernah menjadi murid, dan pernah belajar dengan guru. Guru pula, jika mahu disalahkan kepada mereka sahaja, tentulah tidak adil, kerana sistem dan silibus diuruskan oleh kementerian. Akhirnya salah menyalahkan ini, akan menjadikan kita dalam ‘telur atau ayam, mana yang dulu?’ Aku cuma akan mengatakan ini adalah kejahilan dalam budaya sendiri, budaya jahiliyah terhadap jati diri sendiri, tiada identity , tiada kenal diri, yang menyebabkan kita terperangkap dalam perangkap budaya pembaratan hingga lupa kebudayaan dan jati diri kita sendiri. Jika bangsa A